Monday, 28 May 2012

Perihal Bunian

Assalamualaikum. Dengan kehendak Allah, kita bertemu lagi. Aku rasa sebelum ni aku terlalu formal didalam penulisan aku. Tak menarik nak dibaca, kan? Mulai post ni aku akan tukar stail penulisan aku. Aku bergelar Panglima Bentara Tujuh, penjaga dan Bentara kepada Puteri Nur, warisan terakhir bunian-manusia. Di alam kita manusia, Puteri Nur ialah kakak sepupuku. Di alam Bunian, dia ialah warisan terakhir Bunian Pemerintah Nusantara yang merupakan kacukan manusia dan Bunian. Aku telah dipilih untuk menjadi perantara bagi Para Bunian melalui Puteri Nur. Tugasku mencatat dan menceritakan semula apa yang disampaikan kepada ku supaya dapat dijelaskan kepada manusia apa yang tak betul mengenai kaum Bunian.

Kita selalu dengar, lihat dan baca macam-macam kisah mengenail Alam Bunian dan Alam Jin. Ada yang kata Bunian ni hasil perkahwinan antara manusia dan jin. Ada jugak yang cakap Bunian ni syaitan dan iblis yang memperdaya manusia. Satu cerita lagi ialah Bunian berasal dari satu kaum manusia yang malu. Tak kurang juga yang kata ada Bunian Islam dan kafir. SubhanAllah, bukan! Bunian ni makhluk ciptaan Allah yang dijadikan dari cahaya. Macam malaikat cuma malaikat tak makan, tak minum, tak tidur, tiada jantina, cuma buat tugas masing-masing. Malaikat jugak pernah menzahirkan diri dalam bentuk manusia tetapi tu hanya pada zaman Nabi. Bunian fizikalnya macam manusia. Tapi sebab mereka daripada cahaya, mereka tak dinampak oleh manusia biasa. Mereka hidup lama. Ribuan tahun. Tugas mereka ialah beribadat kepada Allah - solat, zikir, zanji - dan membantu manusia yang dianiaya. Mereka juga merupakan ulama-ulama yang mana mengajarkan agama Islam kepada jin-jin kafir yang ingin memeluk agama Islam. Raja-raja Bunian pula bertempur dengan iblis dan jin kafir dan memusnahkan jin yang ingkar. Mereka macam kita juga. Ada keluarga, hidup bermasyarakat. Bunian dijadikan dari cahaya, jadi mereka boleh bergerak sepantas cahaya. Mereka juga bukan sentiasa berpakaian putih, hanya ketika solat dan menghadap raja-raja mereka. Mereka amat gemarkan bunga-bunga. Bunga memberikan tenaga kepada mereka. Alam Bunian pula berkeadaan lembap dan tidak cahaya matahari. Alam Bunian bukanlah berada di dalam hutan seperti yang diceritakan.

Puteri Nur bakal mewarisi takhta nendanya. Takhtanya berupa seperti pelamin Jawa bertatahkan batu-batu permata delima, zamrud yang bentuknya tidak seperti di dunia nyata. Lantai takhtanya kaca. Sepatu diraja Puteri Nur dibuat daripada sejenis logam seperti besi tetapi bukan besi. Puteri Nur sendiri tak faham ia dari apa. Mahkota Bunian berwarna tembaga dan bentuk berbeza mengikut usia mereka. Saiz mahkota tersebut juga berbeza, mengikut umur mereka. Ibarat tanduk rusa yang tumbuh. Yang manusia tarik seperti yang kita baca dan lihat di internet tu bukan mahkota Bunian sebenar. Tu semua kerja jin-jin kafir yang nak sesatkan manusia dan aniaya Bunian. Bukan harta Bunian! Bunian tak bagi harta pada manusia. Untuk apa nak bagi manusia harta? Harta Bunian kalau dibawa ke dunia nyata akan menyakitkan mereka jika bukan diserahkan kepada waris. Bagi Bunian, untuk apa bagi harta? "Sedangkan kami tahu harta itu akan hanya menyesatkan dan membawa kepada pertelingkahan", kata Puteri Nur.

Bunian tak makan daging atau haiwan kerana kepada mereka, itu pembunuhan. Mereka hanya makan tumbuh-tumbuhan dan sayuran. Mereka ini juga semuanya alim-ulama. Mereka sering membincangkan hal-hal berkaitan agama Islam.

Seperti yang telah aku jelaskan di awal blog ini, para Bunian telah diturunkan ke Dunia bersama-sama dengan Nabi Adam AS. Mereka merupakan rahsia Allah, sebab tu tak disebut dalam Al-Quran. Allah Maha Bijaksana, dijadikan Bunian dan Jin Islam untuk membantu dan melindungi manusia daripada iblis dan jin kafir. Bayangkan Nabi Adam baru dijadikan, turun ke Dunia tak tahu apa-apa. Bunian dan Jin Islam telah ditugaskan untuk membantu manusia, mengajar kita bagaimana bercucuk-tanam, membina rumah. Mereka juga yang telah membantu Nabi Ibrahim membina Kaabah, Nabi Nuh membina bahtera, dan juga Nabi Muhammad di dalam peperangan menentang Kafir Quraisy. Para Bunian jugalah yang mendorong bakul yang membawa Nabi Musa ke istana Firaun untuk menyelamatkannya. Malah, Para Bunian turut ada ketika Nabi Sulaiman ingin mengalihkan takhta Puteri Balqis. Tetapi kaum Bunian dan Jin Islam difitnah dan dianiaya oleh iblis dan jin-jin kafir. Bunian amat sukar membiak. Tetapi mereka ada di merata-rata, membantu manusia yang teraniaya - dengan Izin dan Kehendak llah Subhanahu Wataala. Puteri Sari yang ku kenali boleh berbicara di dalam pelbagai bahasa, termasuk Bahasa Inggeris, Jepun, Rusia dan Belanda. Mereka juga mempunyai teknologi seperti kita, cuma teknologi mereka jauh lebih maju dari kita.

Kita sering disogokkan dengan kisah tarik harta bunian, Bunian ni hantu dan syaitan, Bunian curi anak orang, dan lain-lain. Buat apa Bunian nak bagi harta kat manusia? Harta hanya membawa kepada hasad dengki, permusuhan, peperangan dan kemusnahan. Aku pernah melihat harta yang konon-kononnya ditarik dari alam Bunian. Bohong. Aku boleh cari benda yang sama kat Petaling Street! Harta Bunian berlainan daripada harta manusia. Jika dianugerahkan kepada kepada sesiapa, biasanya ada tujuan tertentu seperti untuk pengubatan atau mempertahankan diri. Bunian tidak akan memberikan harta kepada manusia jika harta tersebut diketahui akan membawa kepada kemudaratan. Seperti yang aku cakapkan tadi, Bunian merupakan alim-ulama. Mereka dijadikan dari cahaya, bukannya syaitan atau iblis yang memperdaya manusia, sebaliknya mereka yang membantu manusia. Yang mengganggu tu sebenarnya iblis dan jin kafir. Jin kafir yang memperdaya manusia dengan memberikan manusia pelbagai artifak seperti batu permata dan perhiasan serta kayu-kayu yang pelik. Mereka muncul di hadapan manusia dan menyamar sebagai Bunian. Iblis pula tahu ketakutan manusia. Mereka akan merupa menjadi apa yang ditakuti manusia. Itu yang kita panggil 'pontianak', 'pocong', 'toyol' dan sebagainya. Nanti aku cerita lagi pasal iblis dan jin kafir ni.

Sekian buat masa ni. Wassalam.

* Salam kepada para pembaca. Minta baca artikel terkini di dalam blog ini "Kebenaran mengenai Bunian" dan "Kebenaran mengenai Bunian II" untuk mendapat maklumat mutakhir mengenai Para Raja Bunian. Artikel di atas banyak menceritakan mengenai rakyat Bunian biasa, namun Para Raja-raja Bunian berbeza. Raja-raja Bunian serius di dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Mereka tidak berjenaka, gelak ketawa mahupun senyum. Mereka sentiasa bersenjata dan berperisai, sesuai dengan tugasan mereka membinasakan iblis dan jin kafir. Para Raja-raja Bunian juga bersayap dan mereka berada di seluruh dunia. Silalah baca artikel-artikel terkini untuk mengetahui lebih tentang Kebenaran mengenai Bunian. Wassalam. *

38 comments:

  1. Menarik dan cuma saudara mengaitkan bunianyang di ciptadari cahaya,,,,ciptaan illahi hanya ada 3 kategori...: malaikat,jin dan manusia. Bila disebut bunian dari ciptaan cahaya,,,,,,,ganjil sayarasakan,,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam En Ramli. SubhanAllah, Allahuakbar, sebagaimana yang saya telah katakan, Bunian adalah rahsia Allah. Tetapi sekarang sudah tidak dapat dirahsiakan lagi kerana Puteri Nur warisan terakhir dan terlalu banyak jin kafir yang menyamar. Puteri Nur telah melihat encik dan menjemput encik datang menemui kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Encik ada email peribadi yang boleh kita berhubung? Boleh inboxkan ke pg5bntr7@gmail.com. Terima kasih. Wassalam.

      Delete
    2. Salam,
      Saya sangat tertarik membaca kisah Bunian ini. Saya ada satu soalan tetapi saya minta maaf jika bunyinya lucu (tetapi demi Allah, saya betul-betul ingin tahu kerana ada cerita disebaliknya.)Berdasarkan keterangan alam yang biasa dihuni oleh Bunian (sejuk,lembab,air terjun dll) apakah ada masyarakat Bunian yang tinggal di England? Mohon jawapan. Terima kaseh.

      Delete
    3. Assalamualaikum, untuk makluman semua yang membaca, sebenarnya kaum Bunian terdapat di seluruh dunia. SubhanAllah. Bukan sahaja di Nusantara ini. Apa yang telah disampaikan di atas menggambarkan alam Bunian yang tiada cahaya matahari, gelap, lembap, tetapi terang akibat disinari cahaya Bunian itu sendiri. Di alam manusia, kaum Bunian lebih suka berada di tempat-tempat yang sebegini kerana ia sesuai dengan sifat dan fisiologi mereka, subhanAllah. Jawapan kepada soalan tadi ialah ya, di England juga terdapat masyarakat Bunian. Malah di Itali, Hawaii, Uzbekistan, Turki... MasyaAllah, kaum Bunian terdapat di seluruh dunia, di mana ada Islam. Ini adalah kerana menjadi tugas mereka berdamping dan membantu manusia.

      Boleh dikongsikan apa cerita di sebalik pertanyaan itu? Terima kasih dan wassalam.

      Delete
  2. Replies
    1. Assalamualaikum saudari, maaf, apa yang kelakarnya? Adakah saudari tidak mempercayai kewujudan makhluk ghaib? Jika benar, maaf saya bertanya, apakah Rukun Iman yang kedua? Terima kasih di atas response saudari. Wassalam.

      Delete
  3. Assalam.saya mohamad yusri bin mohd syahrin,ibu sapiah binti tamam.Mohon jasa baik Tuan utk scan sy dan jika diizinkan,sy ingin mohon bantuan tuan agar mendapatkan gambar puteri seri bulan dan sahabat2 ghaib sy.Hijab n kashaf sy msh blm terbuka sepenuhnya.email saya cyber_yusri@yahoo.com Wassalam,JazakAllah.

    ReplyDelete
  4. Hmmm,,,Arwah Moyang pada moyang saya,,Sultan Perak(1853),,berkahwin dgn Puteri Bunian,,Moyang saya Syeikh.... juga mempunyai isteri dari golongan bunian.saya tak rasa puteri nur tu waris terakhir,,,banyak lagi rahsia yg terpendam,,yg saya tak kan kongsi dgn orang lain,,sebab semua rahsia makhluk adalah milik Allah,,cuma ingatlah khalifah dimuka bumi adalah Manusia,,betapa istimewanya ciptaan Allah,,bersyukurlah kita dilahirkan sebagai manusia..memang terlalu ramai yang tertipu,hingga tidak boleh bezakan jin2,syaitan2 yang menyamar dengan yang benar2 dari golongan bunian.Saya cuma manusia yg jahil dari segala segi,manusia yang sangat2 sedikit ilmunya,,tidak tertanding ilmu Allah yang tinggi,,tapi saya boleh nampak siapa saudara,,siapa yg saudara bicarakan di sini,,maaafkan Hamba Allah yg fakir ini,bukan menafikan @membetulkan,,cuma sesetengah benda ada yg harus disembunyikan,Dari Arwah Datuk saya hidup,,Arwah Tuan Guru Syeikh....hidup(sejak kanak2),macam macam perkara tentang bunian yang saya lalui,,saya kenal setiap seorang dari mereka,,Siapa,,biarlah rahsia,,bukan meninggi diri,,cuma sekadar berkongsi,,kerana saya Hamba Allah yg terlalu rendah ilmunya,,terlalu sedikit pengalaman hidupnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mutiara Herbs,
      Sila baca atau add ke Facebook Bentara Tujuh. Di sini, untuk maklumaan, perkahwinan antara Bunian dan manusia bukan macam perkahwinan kita sesama manusia. Kalau dah berkahwin dengan Abdullah, maka kamu keturunan Abdullah. TIDAK sama sekali. Bunian dicipta ALLAH dari cahaya. Jadi, bola cahaya itu pergi kepada yang dipilih. Di sini Puteri Nur adalah warisan dari Puteri Sari (yang mana nama sebenarnya saya rahsiakan) yang merupakan Raja segala Raja-Raja Bunian di seluruh dunia. Ada sebab kenapa ALLAH mengizinkan perkahwinan antara Bunian dan manusia, tetapi haram bagi jin dan manusia. Di sini, jangan berfikir logik sebagai manusia. Dari kecil, bola cahaya itu berada di atas kepala Puteri Nur. Ustaz-ustaz dan alim ulama yang ditemui tidak tahu apakah bola cahaya itu. Kehidupan Puteri Nur dari kecil didatangi roh, qarin, jin, bermacam-macam dugaan yang dia telah lalui. Roh-roh yang muncul meminta pertolongan berbagai-bagai lagi. Tujuan saya membuat blog ini untuk menyampaikan kebenaran tentang Bunian yang tidak seperti manusia fikirkan, termasuklah hal perkahwinan Manusia dan Bunian.
      Mutiara Herbs boleh add saya di Facebook jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut. Puteri Nur amat sibuk merawat, sebelum keberangkatan pulangnya ke Alam Zara. Allah mencipta pelbagai Alam. 99 nama ALLAH terkandung pelbagai rahsia. Bukan mudah untuk Puteri Nur mahu pulang ke alam yang tidak pernah terlintas oleh akal kita tentang alam itu. Satu perkara lagi yang ingin saya sampaikan, selama Puteri Nur merawat, banyak saka yang telah dibebaskan, termasuk jin-jin yang menyamar sebagai Bunian. Berpakaian putih, berselendang dan berserban putih, ada yang membawa bakul bunga, semua itu adalah lakonan jin-jin untuk memperdaya manusia kerana manusia menyangka Bunian berpakaian begitu, sebenarnya tidak. Mereka lengkap berperisai dan bersenjata - pedang - kerana tujuan Bunian diciptakan adalah untuk membinasakan iblis. Mereka bersifat tegas, berpendirian tegas, bukan lembik seperti yang manusia gambarkan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, silalah berhubung dengan saya. Puteri Sari dan Puteri Nur boleh melihat hanya dengan memberi nama dan manusia itu mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Puteri Nur. Segala-galanya akan muncul dan insyaAllah boleh diketahui kebenaran adakah benar seseorang itu berkahwin dengan Bunian atau tidak. Saya ulang sekali lagi, ia tidak seperti perkahwinan manusia. Dan kita sebagai manusia, sepatutnya bersyukur kita adalah ciptaan ALLAH yang paling mulia.
      Sekian, wassalam.

      Delete
  5. Salam, saya amat berminat untuk mengetahui alam bunian. Sebelum ini saya hanya percaya apa yang telah dipelajari sewaktu sekolah. Tetapi setelah mengetahui anak kesayangan saya mempunyai keistimewaan yang tidak diduga barulah saya mahu pengetahui ilmu2 dsebalik itu (yg telah discan oleh beberapa org)... Begitu luas ilmu Allah dan tidak termampu untuk ditembusi oleh kita. Dan saya juga baru mengetahui tentang anak indigo...SubhanaAllah...begitu agungNya dan Luasnya ilmuMu Ya, Allah. Sbgai ibu, saya hanya mampu berdoa kpdNya agar zuriatku dilindungi olehNya, ttpi mahu tidak mahu saya juga perlu mempelajari rahsia tersembunyi ini agar anak saya tidak keliru dan terpesong dari landasanNya. Kpd Mutiara Hebs, saya mahukan penjelasan ini untuk pengetahuan saya. email saya : aida_erin76@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  6. Salam,

    mengapa tuan tidak menemukan orang bunian tersebut dengan ulama untuk memperluaskab ilmu islam ini? Maksud sata, tuan mengatakan mereka dicipta dari cahaya dan ia rahsia tuhan. Jika rahsia tuhan, bagaimana tuan pula mendapat keistimewaan untuk mengetahui rahsia yang tidak diketahui oleh oleh ulama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara Irwan,
      Pertama sekali, Bunian bukan orang, sebaliknya makhluk ciptaan ALLAH dari cahaya. Sebenarnya, ustaz dan ulama ada yang telah bertemu dengan Puteri Nur, dan Puteri Nur membantu mereka. Namun begitu, mereka merahsiakan perihal Puteri Nur dan Puteri Sari demi keselamatan Puteri Nur sebagai satu-satunya manusia kacukan Bunian. Di sini saudara bertanya bagaimana saya mendapat keistimewaan untuk "mengetahui rahsia yang tidak diketahui oleh ulama". Syukur alhamduLillah, saya dipilih untuk membantu Puteri Nur merawat manusia. Saya tidak meminta, tetapi telah digerakkan untuk membantu Puteri Nur dalam perawatannya dan Puteri Sari (BUNIAN) memberi saya nama Panglima Bentara Tujuh dengan memikul pelbagai tanggungjawab untuk membantu manusia agar tidak berlaku syirik, membebaskan saka-saka yang diambil agar manusia tidak berdamping dengan jin-jin yang membawa kepada kerosakan, seperti yang telah dinyatakan dalam Surah Jin, ayat 6. Keistimewaan dan ilmu pengetahuan yang saya dapat adalah anugerah dari ALLAH subhanahu wata'ala. Sekian, wassalam.

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. begitu agungNya dan Luasnya ilmuMu Ya Allah.banyak lagi yang tak tercapai oleh akal kita mengenai alam ghaib.Sejauh mana kebenaranya Allah yang MAha Mengetahui.. nice info

    ReplyDelete
  9. Salam..bentara tujuh...apa yg sy tlh tnya bnyk org yg pndai2 dn tahu ttg alam ghaib...bunian juga tergolong dlmgolongn jin..itu sbb manusia tidak boleh berkhwin org bunian..sbb akn terjadinya fitnh atau sbliknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara Hakhim Bro,
      Saya nampak punca permasalahan saudara adalah daripada pendapat bahawa para Bunian adalah daripada kaum Jin. Seperti yang telah saya terangkan, para Bunian dijadikan ALLAH daripada Cahaya, sama seperti para Malaikat. Mereka bukan jin, yang telah ALLAH jadikan dari api. Saya rasa di sini jelas bahawa Bunian bukanlah jin, kerana mereka dijadikan daripada cahaya dan bukan api. Larangan berkahwin dengan jin memang jelas, tetapi ALLAH membenarkan perkahwinan antara Bunian dan manusia. Wassalam.

      Delete
  10. Ttg blaja dgn org bunian...atau dpt dri mimpi..bknkh lebih baik blaja dgn guru nyata?mmg bila brdamping dgn bunian..akn dpt bnyk ilmu...tp bila dikunci..atau dikurung bunian itu...hilang ilmu itu...maksudnya kita pakai atau pinjam ilmu die..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa Bunian bukan orang. Dari pengalaman peribadi saya, para tidak mengajar sepertimana kita ke sekolah/universiti dan belajar dari cikgu/pensyarah. Mereka memberikan kita ilham dan gerak hati untuk melakukan sesuatu, dan membantu kita dengan kemahiran-kemahiran untuk mencapai objektif itu. Skop "belajar" di sini amatlah luas, bukannya ilmu berkaitan agama atau mistik semata-mata.
      Bunian tidak mungkin dapat dikunci atau dikurung, kerana mereka bukanlah jin... Wassalam.

      Delete
  11. Kalau sy slh ..sy minx maaf..takpe..sy rujuk lagi ttg hal bunian ni..tp bab nabi2..bknkah nabi ada mukjizat....bley trus minx kt allah...cmna la..bley ckp bunian yg bntu..knpa bkn malaikat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara,
      Kenapa perlu dipertikaikan kehendak dan kekuasaan ALLAH subhanahu wata'ala? Bunian dijadikan daripada cahaya, sama seperti Malaikat. Bezanya para Malaikat tidak makan, minum dan tidur tetapi para Bunian makan, minum dan tidur supaya mereka dapat mendampingi manusia. Para Bunian telah membantu Nabi Adam ketika mula berada di Bumi. Bunianlah yang telah mendorong Nabi Musa hanyut ke istana Firaun. Bunian juga pernah terlibat di dalam peperangan bersama-sama Nabi Muhammad.
      Wassalam...

      Delete
  12. Ilmu agama cetek.sy akn blaja lagi....kalau sy slh..sy minx maaf..sy insan biasa...moga kita semua dijalan yg benar...orrauluqi@yahoo.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah... saya telah membalas email saudara kepada saya. Terima kasih. Wassalam.

      Delete
  13. Salamm... Satu fakta yang menarik...sya mmg suka untuk mengetahui tentang Alam Bunian. bnyk cerita negatif dan positif yg sya dengar tentang Alam Bunian.Fakta yang pernah saya dengar:>
    Bunian tergolong dalam makhluk halus kerana hadis Nabi S.A.W menyebut
    "bahawa ada makhluk halus ini yang suka tinggal bersama manusia dalam rumah manusia,malah mereka suka mencari tempat yang tidak berjauhan dari perkampungan manusia".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara Asyraf,
      Untuk makluman saudara, para Bunian tidak tinggal bersama manusia di dalam rumah manusia, sungguhpun mereka mendampingi manusia-manusia tertentu yang dianiaya dan memerlukan bantuan. Malah, kehadiran makhluk halus seperti jin dan iblis di dalam kediaman manusia akan menyebabkan kesakitan kepada manusia tersebut. Wassalam.

      Delete
  14. Erk..aku x arif sgt hal2 cmni..so pcya atau x ssh nk ckp la..aku lbh tbuka dgn bukti dpn mata..bak kata org slagi x d dpn mata slagi 2 hati x pcya..tp yg psti aku tak nak sesat dlm agama aku sndri..

    ReplyDelete
  15. Salam saudara Kifli,

    Percaya atau tidak? Separuh daripada Rukun Iman kita terdiri daripada yang Ghaib. Bagaimana boleh kita katakan selagi tiada di hadapan mata maka selagi itu hati tidak percaya? Bagaimana pula dengan kewujudan Malaikat, hatta Allah subhanahu wata'ala sendiri? Bagaimana pula dengan Roh? Apakah saudara dapat melihat roh saudara sendiri?

    Maaf jika saya terkasar bahasa, tetapi ini berkaitan dengan aqidah kita...

    Tetapi dalam alam Nyata ini pun, ada benda yang kita tak nampak, tapi kita mempercayainya, bukan? Bolehkah saudara nampak udara? Tetapi tanpanya, kita semua takkan hidup, bukan? Saudara sudah tentu menggunakan peralatan elektrik dan elektronik, bukan? (Kalau tidak, masakan boleh membaca blog ini?) Tetapi pernahkan saudara melihat atau tahu apa itu elektrik? Bagaimana pula dengan gelombang elektromagnet yang membolehkan kita berkomunikasi tanpa wayar? Fikir-fikirkan...

    Wassalamu'alaikum.

    ReplyDelete
  16. Salam,saya amat suka dan tertarik dengan fakta ini.. saya tertarik dengan cerita alam bunian dan keindahan kawasannya..tetapi maaf saya bertanya? saya banyak survey di blog2 malah ada ustaz pun berkata, bunian ini tak secantik yang kita sangka selama ini. ada yang berkata pula suka menyorok orang bila tersesat dalam hutan sebagainya.. dan saya keliru adakah ia benar atau cerita semata2? dan apakah kebenaran cerita ini.. Maaf sy ingin tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudari, sebelum menjawab pertanyaan saudari, ingin saya mempelawa saudari membaca artikel terkini dalam blog ini bertajuk "Kebenaran Mengenai Bunian". Pertama sekali, para Bunian tidak pernah memunculkan diri kepada manusia sebelum ini. Kebanyakkan kisah-kisah yang kita dapati dan baca sama ada online atau dari sumber lain, biasanya adalah kes-kes jin-jin yang menyamar sebagai Bunian. Untuk makluman, Puteri Nur seorang perawat. Kami pernah menemui kes di mana jin mengaku dan menyamar sebagai Bunian untuk memperdaya manusia. Mereka memperlihatkan diri berpakaian putih, berbaju kurung, berserban dan berjubah putih serta membawa tasbih. Namun begitu, pakaian Bunian sebenarnya bukanlah begitu. Mereka adalah pejuang, panglima perang yang setiap hari bertempur dengan jin kafir dan iblis laknatullah. SubhanAllah. Mengenai Bunian menyorokkan manusia, cuba saudari fikir, apa manfaatnya kepada Bunian tersebut? Tugas mereka hanyalah beribadat kepada Allah, solat, zikir, dan bertempur dengan iblis. Mereka mendampingi manusia yang teraniaya dan membantunya. Kejadian manusia sesat di hutan dan disorokkan itu biasanya adalah pekerjaan qarin manusia itu sendiri. Qarin adalah jin, dan kebanyakkannya adalah jin yang angkuh dan bongkak kerana mereka menganggap diri mereka lebih mulia dari jin lain kerana berdampingan dengan manusia. Bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Jin, ayat 6, "Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." Allahuakbar. Inilah kebenaran yang dapat saya sampaikan. Terima kasih di atas pertanyaan saudari. Wassalam.

      Delete
  17. salam...Bentara Tujuh...Bertemu dialam penulisan begini...kadang kala cukup untuk kita mengenali walaupun tidak bersua muka..saya telah baca penulisan Bentara Tujuh banyak maklumat dan aturan hidup alam nyata dan ghaib telah terbongkar..terima kasih diatas perkongsian ilmu ini..apa yang ingin saya nyatakan adalah perjalanan yang saya lalui selama ini banyak telah dibimbing walaupun tanpa sedar...cuma minta pandangan ahli yang lebih arif...sekadar untuk berkongsi ilmu...Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara, sila add saya di Facebook, Bentara Tujuh.
      Untuk makluman saudara dan para pembaca lain, artikel terkini blog ini telah dipaparkan bertajuk "Kebenaran mengenai Bunian" dan "Kebenaran mengenai Bunian II". Maklumat terkini dan lebih terperinci telah disampaikan di dalam artikel-artikel baru ini. Juga, terdapat video ringkas perawatan Puteri Nur di dalam wall Facebook bagi mereka yang menjadi 'friend' Bentara Tujuh. Sekian, wassalam.

      Delete
  18. boleh berkongsi ini dengan saya? maaf. saya penuh dengan tanda tanya, juga berminat untuk tahu ini dengan lebih mendalam. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, sila layari dan baca blog ini dari awal sehingga artikel terkini. Banyak maklumat yang telah dipaparkan. Juga, sila add saya di Facebook, Bentara Tujuh. Wassalam.

      Delete
  19. assalamualaikum saudara, jika benarlah apa yang saudara katakan itu sya ada sdkit pertnyaan, sya pernah diikuti oleh seorang putri bunian pda mulanya sya tdak tau cuma bdan brsa lain ttpi stlh berubat dngan pakcik sye yg mngmalkn ilmu perubtan islam baru lah saya sedar . pakcik sye kte "ada orang suka/minat tuu sbb tuu dia ikut." lbih krang begitu lah. jadi apa yg sya ingin tnyakn ialh, mcm seorang putri boleh tertrik atau mnat pada mnusia biasa mcm sya? dlam bnyak2 knpa sya? apa yg sbnrnya yg ptut sye bwat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara, Puteri Nur sudah melihat saudara. Sebenarnya saudara diikuti oleh jin saka keturunan sendiri. Sentiasalah dekatkan diri kepada Allah subhanahu wata'ala. Berzikir, bacakan surah Al-A'ala 3x dan Al-Mulk pada air untuk diminum. Sila add ke facebook Bentara Tujuh supaya saudara dapat private message dan akses rakaman suara Puteri Sari, nenda Puteri Nur serta status updates yang berkenaan. Semoga itu dapat menjawab soalan saudara. Terima kasih.

      Delete
  20. as salam nama kakak faizah binti nik yah .... kakak boleh megubati masalah sihir sedikit 2 kakak mahu tahu adakah benda yang berada bukan didalam tubuh kakak ini benda yang baik... kerana selama ini benda itu tidak meminta kakak berbuat yang benda yang haram.. dan didalam masa kakak berubat dia hanya meminta kakak membaca ayat 3 qul dan ayat qursi serta tidak minta benda yang bukan 2.... adakah benda ini boleh kakak gunakan .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak, di dalam Islam, kita tidak boleh menggunakan pendamping atau barang-barang perantaraan. Kakak dah nyatakan dengan jelas kakak menyebut 'benda'. Itu adalah jin yang berdamping dengan manusia. Saya harap kakak add saya di facebook Bentara Tujuh. Wassalam.

      Delete
  21. Salam saudara..mohon pencerahan mengenai beberapa sudut diri saya yang belum terjangkau dek akal diri sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ombakjahat_tsunami@yahoo.com.my

      Delete