Friday, 1 June 2012

Kebenaran tentang Puteri Nur

Assalamualaikum, dengan izin Allah kita bersua lagi. Aku pelik kerana sering dimarahi dengan teruk oleh Puteri Sari kalau aku tak jaga Puteri Nur betul-betul. Puteri Sari tak izinkan Puteri Nur bersendirian kerana katanya terlalu banyak jin kafir dan iblis ingin memusnahkan Puteri Nur. Pada mulanya aku tak faham, kenapa sampai dia kata kalau sekali lagi aku tak jaga Puteri Nur betul-betul, dia akan bawa Puteri Nur pulang ke alamnya. Sehingga pada satu hari, Puteri Sari memerintahkan supaya Puteri Nur dibawa ke sebuah kawasan air terjun. Di sana, Puteri Sari telah membuka rahsia sebenar siapa Puteri Nur.
Puteri Nur rupanya waris terakhir Putera Nara, kekanda kepada Puteri Sari. Dia sebenarnya manusia dan bunian! Jasad Puteri Nur adalah manusia, tetapi dia diselaputi cahaya berwarna putih iaitu cahaya Bunian. Mereka yang telah dibuka hijabnya boleh melihat cahaya ni. Begitu juga dengan ulama yang pernah merawat Puteri Nur. Mereka tahu siapa dia sebenarnya. Kejadian Puteri Nur adalah sesuatu yang mustahil, tetapi Allah Maha Kuasa, ada sebabnya. Puteri Nur adalah utusan Allah yang manusia akan tahu tidak lama lagi. Puteri Nur satu-satunya kacukan manusia dan bunian yang ada. Perkahwinan antara manusia dan bunian selalunya akan menghasilkan manusia terus atau bunian terus. Tapi Puteri Nur memiliki kedua-dua ciri manusia dan bunian.
Kuasa sakti yang dimiliki Puteri Nur sekarang tiada tandingnya, termasuk ulama-ulama yang telah melihatnya terkejut dengan kuasa yang ada pada Puteri Nur. Bagi manusia yang ingin dirawat oleh Puteri Nur, atau hanya mahu menilik nama, Puteri Nur baru hendak mengambil wuduk sahaja pesakit itu sudah mula menangis dan menggigil. Puteri Nur harus mempunyai wuduk apabila merawat. Puteri Nur boleh melihat segala roh, qarin, iblis atau jin-jin yang ada bersama pesakit itu.
Hari demi hari Puteri Nur melalui perubahan dari manusia ke bunian. Tabiat pemakanannya, perilakunya, perwatakannya, makin hari makin 'bunian'. Dia dah jadi semakin pendiam, kurang bergerak, lebih banyak beribadat & berzikir, dia dah tak nak berhubung dengan manusia. Handphone nya pun dah dimatikan. Aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga makan-minumnya, uruskan singgahsana. Satu hari aku tengok dia terbaring, aku ingat dia penat buat kerja. Tiba-tiba nendanya Puteri Sari muncul. Puteri Sari bagitau aku kalau manusia berehat akan dapat tenaga, tetapi kalau bunian tak bergerak tu maknanya dah takde tenaga. Kalau dibiarkan boleh meninggal! Aku bergegas keluar ambil bunga mawar dan melur, dan terus bagi pada Puteri Nur. Alhamdulillah, selepas menghidu bunga, barulah dia segar sikit. Seperti yang aku cakap dulu, bunga merupakan tenaga kepada bunian. Sekarang Puteri Nur pun dah macam tu.
Sekian dahulu, wassalam.
*Assalamualaikum para pembaca sekalian, ingin saya mempelawa saudara/saudari untuk membaca artikel terkini di blog ini, "Kebenaran mengenai Bunian" dan "Kebenaran mengenai Bunian II" untuk mendapat maklumat terkini mengenai Para Raja-raja Bunian. Wassalam.

11 comments:

  1. encik,betul ker cerita ini,sebab saya baca didalam internet berkisahkan banyak keburukannya.bukan tidak percaya tapi ragu-ragu memanglah sebagai orang islam kena percaya benda gaib,sebut pasal putri yg pandai menilik tu.encik cuba bertanyakan tentang nama saya mohd shah aliff nama ibu saya che selmiah ramli.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      SubhanAllah, apa yang saya ceritakan adalah kebenaran yang diperolehi terus dari sumbernya. Jika saudara ada apa-apa kemusykilan atau ingin mengetahui sesuatu, sila buat temujanji melalui saya dan berjumpa sendiri dengan Puteri Nur.

      Delete
  2. Assalamualaikum, di negara kita ramai alim ulama dan para ustaz yang merawat dibantu oleh Bunian. Dalam hal Puteri Nur, dia sendiri manusia-bunian. Puteri Nur merawat seikhlasnya, tidak menetapkan bayaran. Seikhlas seadanya. Puteri Nur merawat pelbagai penyakit manusia jika encik ada masalah, sebaiknya boleh datang bertemu. Disebabkan terlalu banyak d internet yang salah, maka itulah saya menulis kerana Puteri Nur adalah warisan terakhir perkahwinan manusia dan bunian. Satu-satunya. Puteri Nur akan muncul di kaca TV nanti tetapi beliau akan memakai purdah untuk melindungi identitinya. Hanya pesakit-pesakit yang telah dirawatnya mengenalinya. Allahuakbar.

    ReplyDelete
  3. Menarik cerita saudara terima kasih byk..
    Apakh manusia biasa boleh pergi ke alam bunian ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesungguhnya ALLAH subhanahu wata'ala telah menjadikan pelbagai Alam yang bersesuaian dengan makhluk-makhluk yang tinggal di situ. Manusia biasa tidak sesuai hidup di Alam Bunian, dan begitu juga dengan makhluk lain tidak sesuai hidup di Alam Nyata/Manusia. Wassalam...

      Delete
  4. askum,tn sy dh htr emal kat tuan.scan kan nama sya tuan?peridin emal celikpelik@gmail.com.

    ReplyDelete
  5. sampaikan salam ana pade Puteri Nur ..
    ismi Dini dayanaa ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah... Saudari dari forum halaqah.net, kan? Terima kasih kerana membaca blog ini. Wassalam.

      Delete
  6. sejahtera hendakNya..sekira sudi bahawasanya sy ingin berjumpa dengan tuan puteri Nur jika di Izinkan oleh Allah ..

    ReplyDelete
  7. Salam... sila add saya di Facebook jika ingin berhubung. Fb saya Bentara Tujuh. Terima kasih, wassalam.

    ReplyDelete