Monday, 7 August 2017

Bentara Tujuh Official

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya Hj Muhammad, Bentara Tujuh. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SalAllah Alaihi Wasallam... Di kesempatan ini, ingin saya memohon maaf bagi pihak kami di atas kelewatan memberi maklumbalas kepada saudara saudari, tuan puan yang ingin berhubung dengan kami.

Untuk makluman, sejak dari bulan Ramadhan, team kami amat sibuk menangani kes-kes yang melibatkan gangguan paranormal dan juga sakit medical dan psychological. Ramai yang meminta bantuan, dan ramai juga yang kami masih belum berpeluang membantu. Harap sahabat-sahabat, saudara saudari, tuan puan dapat memahami keadaan kami. Kami berusaha untuk melayan setiap message yang masuk ke inbox dan setiap komen dari fb dan pages serta blog dan email.

Di sini juga saya ingin menjelaskan bahawa ada pihak-pihak yang menggunakan nama "Bentara Tujuh" untuk tujuan kepentingan masing-masing. Maaf saya katakan, penggunaan nama "Bentara Tujuh" itu bukanlah satu perkara yang boleh diremehkan kerana  Alam Ghaib tahu siapa Bentara Tujuh, dan hanya melalui Bentara Tujuh mereka dapat bertemu Puteri Nur untuk memutuskan perjanjian dan menyusunatur serta menguruskan penempatan baru mereka.

Ada banyak kes yang Jin-Jin ini sendiri digerakkan untuk mencari kami kerana mahu dibebaskan dari perjanjian dengan manusia. Penggunaan nama ini oleh pihak-pihak yang tidak berkenaan boleh mengelirukan pihak pesakit dan juga yang ghaib dan dengan secara langsung menganiaya mereka yang betul-betul memerlukan bantuan. Ada pesakit yang mendakwa telah cuba menghubungi saya dan diberitahu mengenai proses rawatan dan kos yang tidak benar. Ada juga pihak yang menyamar menjadi Puteri Nur padahal beliau tidak mempunyai akaun fb peribadi mahupun messenger. Sila pastikan bahawa anda betul-betul berhubung dengan saya melalui telefon kerana saya hanya akan memberikan nombor saya kepada pesakit yang sudah bersetuju untuk dirawat dan ditetapkan tarikh serta tempat rawatan dijalankan.

Dengan itu juga, pihak kami akan menggunakan nama "Bentara Tujuh Official" bagi mengelakkan kekeliruan ini. Saya juga berharap, pihak-pihak yang berkenaan dapat menghentikan penggunaan nama "Bentara Tujuh" demi kepentingan masing-masing. Anda tak tahu apa yang anda lakukan dan kesannya kepada pesakit dan kepada anda sendiri.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamu'alaikum warahmatulahi wabarakatuh.

No comments:

Post a Comment