Monday, 7 August 2017

Bentara Tujuh Palsu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya Haji Muhammad. Kami banyak menerima aduan daripada pesakit mengenai ada pihak tertentu yang menyamar sebagai kami dan mengenakan bayaran yang bukan-bukan untuk mendapatkan rawatan. Di sini saya memohon supaya saudara saudari jangan meletakkan nombor telefon di wall kami untuk dihubungi. Segala urusan mengenai perawatan sila berhubung dengan saya secara peribadi melalui fb messenger atau email pg5bntr7@gmail.com. Saya juga ingin memaklumkan bahawa saya tidak memberikan nombor telefon saya kepada sesiapa kecuali setelah temujanji ditetapkan.

Harap dapat berhubung dengan saya secara terus bagi mengelakkan penganiayaan daripada pihak-pihak yang yang tidak bertanggungjawab. Kepada yang menganiaya, hentikanlah usaha anda mengelirukan mereka yang sakit dan memerlukan bantuan. Berhentilah menganiaya kami, menganiaya para pesakit dan menganiaya diri anda sendiri.

Di sini juga ingin saya nyatakan bahawa Pusat Terapi Ilhamiah tidak mempunyai cawangan di mana-mana dan rawatan dijalankan secara peribadi oleh Puteri Nur sendiri. Minta hubungi saya secara peribadi dan jangan terpedaya dengan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Untuk makluman, kami tidak pernah mengenakan bayaran sehingga RM3,000-7,000 bagi satu sesi rawatan seperti yang telah diadukan oleh yang teraniaya.  Kos rawatan untuk sesi scan, ekstraksi jin, ruqyah pesakit, bacaan manzil kepada air untuk minuman dan mandian pesakit dan rawatan biasanya antara RM350-800 dan Puteri Nur akan scan seluruh keluarga yang terdiri daripada puluhan individu. Kos ini juga merangkumi duit minyak dan tol saya mengambil Puteri Nur di kediaman beliau dan ke lokasi pesakit. Ada kalanya saya juga mengambil ahli-ahli team yang lain.

Walau bagaimanapun, kos rawatan luar kawasan dan juga luar negara (contohnya Singapura, Indonesia, Brunei dan lain-lain) adalah berbeza kerana ia melibatkan masa sekurang-kurangnya 3 hari, kos pengangkutan, makan-minum dan lain-lain. Untuk makluman, Puteri Nur tidak terlalu berkira mengenai kos rawatan dan tetap merawat kes-kes pesakit yang tidak mampu dan tidak bekerja, tetapi kita semua mempunyai komitmen dan tanggungjawab masing-masing. Harap maklum

Sekian, wassalam.

Haji Muhammad
Bentara Tujuh

No comments:

Post a Comment