Skip to main content

Posts

Sesi scan bersama Mastika di PWTC

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. AlhamduLillah, pihak Puteri Nur dan Pusat Terapi Ilhamiah telah dijemput oleh pihak majalah Mastika ke Persidangan Agung UMNO 2017 di PWTC pada 8 Disember yang lalu.

Kami menerima sambutan yang amat menggalakkan dalam sesi dua jam tersebut, termasuk daripada CEO Utusan sendiri, Datuk Noordin Abbas yang turut meminta untuk discan. Puteri Nur yang juga seorang ahli psikik telah menceritakan asal-usul keturunan Datuk Noordin ketika sesi tersebut.

Video ringkas mengenai sesi tersebut boleh ditonton di sini atau anda boleh melayari portal Utusan Online di Facebook.


#bentaratujuh #puterinur #pusatterapiilhamiah #puteri #rawatanislam #pemutusanperjanjianjin #pematiansihir #saka #sihir #tangkal #pwtc #mastika #umno
Recent posts

Rundingcara, Pemutusan Perjanjian dan Urusan Penempatan Semula Jin-jin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdu Lillahi rabbil’alamiin, wabihi nasta’in, la haulawala quwata illa billah. Saya Bentara Tujuh Haji Muhammad. Di dalam kesempatan ini izinkan kami untuk berkongsi sedikit mengenai kaedah yang dipraktikkan oleh Puteri Nur di dalam menangani kes-kes pesakit beliau. Puteri Nur menggunakan pendekatan RUNDINGCARA dan MENGURUSKAN PEMUTUSAN PERJANJIAN DAN PENEMPATAN SEMULA JIN-JIN. Mungkin kita pernah mendengar keluhan, “Jin tu datang balik” atau “asyik berubat je kerja, bila nak sembuh?” dan “lepas berubat, sihat sekejap lepas tu sakit balik”. Kebanyakan kaedah perawatan alternatif menumpukan kepada “membuang” atau “mengeluarkan” makhluk ghaib yang mengganggu pesakit, tetapi kemudiannya pengurusan makhluk ini ke mana? Bagaimana pula dengan perjanjian mereka dengan manusia? Makhluk ghaib ini amat setia kepada janji. Dengan izin dan kehendak Allah, Jin-jin yang diambil sebagai PUSAKA (yang dipendekkan menjadi “SAKA”) oleh manusia tidak akan m…

Pemulihan Tapak Tanah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya Puteri Nur. Terdapat banyaknya kes yang melibatkan tapak-tapak kediaman atau bangunan berpunca dari makhluk ghaib yang menduduki kawasan itu terlebih dahulu... Melalui kajian kajian kes-kes kami, kami mendapati mereka ini jika bukan dari tapak asal, mereka adalah Jin-Jin dari Saka Tuan Tanah yang terdahulu... ada yang berpindah dan Tuan Saka mengarahkan Jin-Jin ini menjaga tanah tersebut. Apabila zaman bertukar zaman, tahun berganti tahun, Jin-Jin ini masih taat menjaga tetapi mengakibatkan tuan tanah yang baru tidak mendapat ketenteraman di tapak tersebut. Dalam urusan ini kami menitik beratkan untuk rundingcara dengan kaum dan puak-puak Jin-Jin ini yang mendiami tapak asal itu untuk memberi laluan bagi umat manusia. Lapisan antara Alam Ghaib dan Alam Nyata semakin menipis... ini semua juga adalah petunjuk dari Allah Subhanahu Wata'ala juga. Setelah itu, saya akan berurusan dengan Jin-Jin Saka yang telah ditinggalkan untuk memutuskan…

Bentara Tujuh Official

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya Hj Muhammad, Bentara Tujuh. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SalAllah Alaihi Wasallam... Di kesempatan ini, ingin saya memohon maaf bagi pihak kami di atas kelewatan memberi maklumbalas kepada saudara saudari, tuan puan yang ingin berhubung dengan kami.
Untuk makluman, sejak dari bulan Ramadhan, team kami amat sibuk menangani kes-kes yang melibatkan gangguan paranormal dan juga sakit medical dan psychological. Ramai yang meminta bantuan, dan ramai juga yang kami masih belum berpeluang membantu. Harap sahabat-sahabat, saudara saudari, tuan puan dapat memahami keadaan kami. Kami berusaha untuk melayan setiap message yang masuk ke inbox dan setiap komen dari fb dan pages serta blog dan email.
Di sini juga saya ingin menjelaskan bahawa ada pihak-pihak yang menggunakan nama "Bentara Tujuh" untuk tujuan kepentingan masing-masing. Maaf saya katakan, penggunaan nama "Bentara Tujuh" itu bukanlah satu …

Bentara Tujuh Palsu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya Haji Muhammad. Kami banyak menerima aduan daripada pesakit mengenai ada pihak tertentu yang menyamar sebagai kami dan mengenakan bayaran yang bukan-bukan untuk mendapatkan rawatan. Di sini saya memohon supaya saudara saudari jangan meletakkan nombor telefon di wall kami untuk dihubungi. Segala urusan mengenai perawatan sila berhubung dengan saya secara peribadi melalui fb messenger atau email pg5bntr7@gmail.com. Saya juga ingin memaklumkan bahawa saya tidak memberikan nombor telefon saya kepada sesiapa kecuali setelah temujanji ditetapkan.Harap dapat berhubung dengan saya secara terus bagi mengelakkan penganiayaan daripada pihak-pihak yang yang tidak bertanggungjawab. Kepada yang menganiaya, hentikanlah usaha anda mengelirukan mereka yang sakit dan memerlukan bantuan. Berhentilah menganiaya kami, menganiaya para pesakit dan menganiaya diri anda sendiri.Di sini juga ingin saya nyatakan bahawa Pusat Terapi Ilhamiah tidak mempunyai cawanga…

Proses Rawatan Pusat Terapi Ilhamiah - Puteri Nur

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya Haji Muhammad bagi pihak Puteri Nur dan Team Pusat Terapi Ilhamiah, ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan Salam Ramadhan kepada para sahabat, rakan-rakan dan pembaca yang disayangi sekalian. Untuk makluman, jadual kami agak padat di dalam bulan Ramadan. Kami memohon maaf kerana kami hanya dapat mengambil 2 kes sehari iaitu selepas Zohor dan Asar. Kami berharap para pesakit sabar menanti. Di dalam bulan Ramadhan, kerasukan, pesakit yang disihir tetap berleluasa. Lebih menyedihkan, manusia yang berhati iblis tetap terus-menerus memfitnah, mencaci dan cuba menjatuhkan Puteri Nur untuk memenuhi agenda mereka sendiri… tidak menghormati bulan Ramadhan. Puteri Nur dan saya tidak pernah mengambil kisah atau melayan karenah mereka. Walau bagaimanapun kami sedang berbuat sesuatu dari segi undang-undang di atas tindakan mereka ini. Wanita yang telah membuat page fitnah tersebut adalah seorang yang amat taksub terhadap Puteri Nur. Siang …

Rundingcara Pemutusan Perjanjian Antara Jin dan Manusia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh… Ribuan kemaafan di atas kelewatan membalas emel dan juga pm dari saudara-saudari rakan-rakan yang dihormati sekalian kerana kesibukan urusan Perawatan yang sedang pihak kami tempuhi. Saya Puteri Nur… di dalam urusan rundingcara Pemutusan Perjanjian seringkali saya menitiskan airmata kerana saya melihat segala apa yang telah berlaku dan juga yang pernah dilakukan oleh Jin-Jin yang diambil oleh keturunan baik ribuan, ratusan atau puluhan tahun yang lalu. Seringkali kita di zaman ini di waktu ini menyalahkan Jin-Jin Saka diatas setiap musibah, atas setiap kecelakaan yang menimpa…atas setiap kesakitan dan penderitaan yang menimpa… tetapi terfikirkah oleh kita apakah hikmah atau musibah yang berlaku ini saja-saja berlaku atau ia berlaku kerana Allah ingin mempertunjukkan sesuatu? Seringkali Jin-Jin Saka ini dipersalahkan diatas setiap penderitaan… perceraian… permusuhan… kesakitan dan sebagainya… tetapi renungkan sejenak Jin-Jin Saka ini tidak datang…