Skip to main content

Kewujudan Bunian

Assalamualaikum, kita bertemu lagi dengan kehendak Allah SWT. Tujuan saya menitipkan kisah-kisah ini adalah untuk menjelaskan mengenai Jin dan Bunian yang sering disalahertikan oleh Manusia. Hamba mendapat maklumat terus daripada sumbernya, iaitu kaum Bunian dan Jin Islam. Maklumat ini dikuatkan dengan fakta melalui terjemahan dan tafsiran kitab-kitab dan ulama-ulama yang saya pernah temui.

Di kesempatan ini ingin saya titipkan sedikit mengenai asal-usul Bunian. Terdapat beberapa teori yang telah hamba baca mengenai kewujudan bunian ini. Salah satu daripadanya menyatakan bahawa bunian merupakan zuriat hasil daripada perkahwinan antara Manusia dan Jin. Ini adalah tidak benar sama sekali. Di dalam kitab feqah ada dinyatakan bahawa perkahwinan di antara Jin dan Manusia adalah haram. Rupabentuk Jin dan Manusia juga amat berbeza. Tidak mungkin Jin Harimau boleh berkahwin dengan Manusia, kan?

Hamba telah dijelaskan mengenai asal kewujudan bunian oleh Puteri Sari sendiri. Beliau merupakan Raja segala Raja-raja Bunian yang mempunyai kerajaan di alamnya, dan turut memerintah keseluruhan Alam Bunian. Menurut beliau, Bunian merupakan ciptaan Allah yang hampir sama dengan Malaikat kerana mereka juga dijadikan daripada Cahaya. Tujuan mereka diciptakan adalah untuk membantu Manusia di bumi, tanpa pengetahuan Manusia itu sendiri.

Ketika nabi Adam AS diciptakan, Allah telah memerintahkan sekalian makhluk untuk sujud kepada nabi Adam. Semua makhluk telah menurut perintah Allah kecuali Azazil. Dia kemudiannya dimurkai Allah dan sebagai hukumannya, dia dihantar ke bumi. Namun begitu, Allah telah memperkenankan permintaannya untuk menyesatkan kaum Manusia di bumi. Azazil kemudiannya dikenali sebagai Iblis. Asalnya merupakan makhluk tercantik dan terpandai, disumpah menjadi hodoh dan mengerikan. Nabi Adam juga telah dihantar ke bumi bersama Hawa. Allah Maha Bijaksana, diciptakanNya Bunian untuk membantu manusia di bumi. Kewujudan Bunian telah dirahsiakan dan tidak disebut secara nyata di dalam Al-Quran namun mereka telah diutus bersama Jin-jin Islam untuk membantu manusia dan menentang Iblis serta Jin Kafir. Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan Manusia sendirian di bumi. Lihat sahaja kisah Habil dan Qabil yang telah berbunuhan sesama mereka. Bunian dan Jin Islam telah ditugaskan untuk membantu umat manusia supaya dapat meneruskan kemandirian mereka.

Bunian akan mendampingi mereka yang terlalu teraniaya dan membantu mereka untuk meneruskan kehidupan - dengan Izin dan Kehendak Allah Subhanahu Wata'ala. Secara fizikalnya, Bunian menyerupai Manusia. Namun Bunian tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Oleh itu, perkahwinan antara Manusia dan Bunian boleh terjadi dan ada disebut di dalam kitab. Bunian diberikan kelebihan-kelebihan dan kuasa tertentu oleh Allah SWT supaya mereka dapat menjalankan tugas mereka terhadap manusia. Selain itu, tugas Bunian ialah untuk beribadat kepada Allah. Mereka merupakan golongan alim ulama yang arif tentang Agama. Mereka juga diberi kuasa untuk melihat masa lampau dan masa hadapan. Ungkapan yang menyatakan bahawa bunian adalah syaitan adalah tidak benar sama sekali. Bunian dijadikan dari cahaya. Mereka hampir sama kejadiannya dengan malaikat tetapi telah ditugaskan untuk mendampingi manusia yang teraniaya.

Jangan terpedaya dengan golongan jin kafir dan iblis yang sering menyamar sebagai Bunian untuk memperdaya manusia. Bunian suci, bersih dan tertib. Tidak mungkin Bunian akan meminta yang bukan-bukan atau bercakap yang tidak benar. Sayaharap titipan sayaini dapat sedikit sebanyak mengurangkan kekeliruan yang telah dihadapi manusia selama ini. Sehingga bertemu lagi, wassalam...

*Assalamualaikum para pembaca sekalian, ingin saya mempelawa saudara/saudari untuk membaca artikel terkini di blog ini, "Kebenaran mengenai Bunian" dan "Kebenaran mengenai Bunian II" untuk mendapat maklumat terkini mengenai Para Raja-raja Bunian. Wassalam.

Comments

  1. Terima kasih dan maklumat berharga

    ReplyDelete
  2. salam, boleh saya dapatkan no telifon atau email tuan, saya ingin meminta bantuan dan penjelasan tentang bunian dari tuan. sebab saya mempunyai kaitan dengan bunian. tolong emailkan pada saya. nizameqtech@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, sila add saya di Facebook (Bentara Tujuh) atau email pg5bntr7@gmail.com. Wassalam.

      Delete
  3. Terima kasih sebab kongsikan pengetahuan ini, alhamdulillah jawapan yang saya cari selama ini terjawab. Saya sangat berterima kasih pada Haji Muhammad, saya baca dari buku Mastika, dari situ saya cari lagi maklumat tentang Bunian & alhamdulillah jumpa, terima kasih sekali lagi Haji Muhammad.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kebenaran mengenai Bunian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Wallahi,wabillahi, dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Tiada Tuhan melainkan ALLAH, dan MUHAMMAD adalah UtusanNya. Sesungguhnya, sebelum ALLAH menciptakan Adam ‘alaihissalam, para Malaikat mempersoalkan keputusan itu. Peristiwa ini dicatatkan dalam ayat 30 surah Al-Baqarah,

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Lalu diciptakanlah Nabi Adam daripada tanah yang telah diambil oleh para Malaikat daripada seluruh pelosok Bumi. Setelah Nabi Adam diciptakan, ALLAH subhanahu wata’ala telah mengarah…

Kebenaran tentang Puteri Nur

Assalamualaikum, dengan izin Allah kita bersua lagi. Saya pelik kerana sering dimarahi dengan teruk oleh Puteri Ratna kalau saya tak jaga Puteri Nur betul-betul. Puteri Ratna tak izinkan Puteri Nur bersendirian kerana katanya terlalu banyak jin kafir dan iblis ingin memusnahkan Puteri Nur. Pada mulanya saya tak faham, kenapa sampai dia kata kalau sekali lagi saya tak jaga Puteri Nur betul-betul, dia akan bawa Puteri Nur pulang ke Alamzara. Sehingga pada satu hari, Puteri Ratna memerintahkan supaya Puteri Nur dibawa ke sebuah kawasan air terjun. Di sana, Puteri Ratna telah membuka rahsia sebenar siapa Puteri Nur.

Puteri Nur rupanya waris terakhir Putera Sarayana, kekanda kepada Puteri Ratna. Dia sebenarnya kacukan Manusia dan Bunian! Jasad Puteri Nur adalah manusia, tetapi dia diselaputi cahaya berwarna putih iaitu cahaya Bunian. Mereka yang telah dibuka hijabnya boleh melihat cahaya ni. Begitu juga dengan ulama yang pernah merawat Puteri Nur. Mereka tahu siapa dia sebenarnya. Kejadia…

Perihal Bunian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. AlhamduLillah, dengan Kehendak Allah Subahanu Wata’ala, kita bersua lagi. Saya Haji Muhammad, digelar Panglima Bentara Tujuh, penjaga dan Bentara kepada Puteri Nur, warisan terakhir Bunian-Manusia. Di Alam Bunian atau Alamzara, Puteri Nur adalah waris terakhir Raja Segala Raja-raja Bunian yang juga merupakan satu-satunya Manusia kacukan Bunian. Saya telah diisytiharkan sebagai Perantara bagi Para Raja-raja Bunian melalui Puteri Nur. Tugas saya selaku pemerhati dan pencatat yang merakam segala yang berlaku kepada Puteri Nur dan apa yang disampaikan kepada saya oleh Para Bunian. Maklumat ini kemudiannya akan disampaikan kepada Manusia supaya dapat merungkaikan segala salahfaham dan tanggapan yang tidak benar mengenai Para Bunian.

Kita selalu mendengar dan membaca pelbagai kisah mengenai Alam Bunian dan Alam Jin. Ada yang mengatakan bahawa Bunian adalah hasil perkahwinan antara Manusia dan Jin. Ada juga yang mendakwa bahawa Bunian adalah Iblis d…