Skip to main content

Perihal Bunian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. AlhamduLillah, dengan Kehendak Allah Subahanu Wata’ala, kita bersua lagi. Saya Haji Muhammad, digelar Panglima Bentara Tujuh, penjaga dan Bentara kepada Puteri Nur,  warisan terakhir Bunian-Manusia. Di Alam Bunian atau Alamzara, Puteri Nur adalah waris terakhir Raja Segala Raja-raja Bunian yang juga merupakan satu-satunya Manusia kacukan Bunian. Saya telah diisytiharkan sebagai Perantara bagi Para Raja-raja Bunian melalui Puteri Nur. Tugas saya selaku pemerhati dan pencatat yang merakam segala yang berlaku kepada Puteri Nur dan apa yang disampaikan kepada saya oleh Para Bunian. Maklumat ini kemudiannya akan disampaikan kepada Manusia supaya dapat merungkaikan segala salahfaham dan tanggapan yang tidak benar mengenai Para Bunian.

Kita selalu mendengar dan membaca pelbagai kisah mengenai Alam Bunian dan Alam Jin. Ada yang mengatakan bahawa Bunian adalah hasil perkahwinan antara Manusia dan Jin. Ada juga yang mendakwa bahawa Bunian adalah Iblis dan Jin Kafir yang hanya memperdaya Manusia untuk menyesatkan anak Adam. Terdapat juga kisah yang menyatakan bahawa Bunian berasal daripada bangsa Manusia yang malu di atas kesalahan yang mereka telah lakukan dan memohon kepada Allah supaya mereka dighaibkan. Tidak kurang juga mereka yang mendakwa bahawa Para Bunian terdiri daripada golongan Manusia yang telah mencapai tahap tertentu di dalam peribadatan mereka dan mereka dighaibkan supaya dapat menjalankan tugas-tugas tertentu. Ada juga yang mendakwa bahawa terdapat Bunian Islam dan Bunian Kafir. SubhanAllah, BUKAN SAMA SEKALI!

Para Bunian adalah makhluk ciptaan Allah Subhanahu Wata’ala yang dicipta daripada Cahaya, sama seperti Para Malaikat, bezanya Malaikat tidak makan, tidak tidur, tiada jantina dan hanya melakukan tugas-tugas yang telah diberikan kepada mereka. Malaikat juga pernah menzahirkan diri mereka kepada Manusia dalam bentuk Manusia, tetapi hanya ketika zaman Nabi-nabi dahulu. Para Bunian mempunyai bentuk fizikal yang serupa dengan Manusia, cuma bezanya mereka tidak dapat dilihat oleh mata kasar Manusia. Para Raja-raja Bunian pula bersayap dan bermahkota. Rakyat Bunian biasa lebih mirip kepada Manusia tetapi mempunyai tugas dan tanggungjawab mereka tersendiri, bukan suka-suka ingin bersahabat dengan Manusia dan berkahwin dengan Manusia!

Para Bunian dianugerahkan Allah usia yang panjang. Mereka hidup ribuan tahun, beribadat kepada Allah dan bertempur dengan Iblis dan Jin-jin Kafir yang ingkar. Tanggapan Manusia bahawa Para Bunian berpakaian putih, berjubah dan berserban adalah kurang tepat. Ini hanyalah ilusi permainan Jin-jin yang menyamar sebagai Bunian untuk memperdaya Manusia. Para Raja-raja Bunian berperisai, memakai pakaian perang dan bersenjata, sesuai dengan peranan mereka yang berperang setiap hari. Mereka juga berjubah dan berserban ketika beribadat, tetapi pakaian mereka tidak seharusnya berwarna putih, dan turut ditatah dengan emas dan permata yang berwarna-warni. Para Bunian juga merupakan alim ulama di Alam Ghaib yang berdakwah dan mengajarkan Islam kepada kaum Jin Kafir yang ingin memeluk Agama Islam.

Alamzara atau Alam Bunian pula terletak di satu dimensi yang tidak boleh dimasuki oleh Manusia kerana keadaannya yang tidak mempunyai matahari. Alamzara bercahaya dengan cahaya Para Bunian itu sendiri. Di sana, segalanya putih – pokok-pokok, buah-buahan, bunga-bunga, lautan, sungai. Pantainya terdiri daripada mutiara putih yang bersinar, batuan terdiri daripada bongkah-bongkah emas dan permata. Bangunan-bangunan dilitupi kubah-kubah besar yang indah. Itulah gambaran Alamzara, bukan di dalam hutan seperti yang selalu diperkatakan oleh Manusia.
Mahkota Bunian pula sebenarnya bukan pakaian tetapi sebahagian daripada fizikal mereka. Kebiasannya berwarna seperti tembaga keemasan, mahkota ini turut diliputi permata berkilauan. Saiz dan bentuk mahkota Bunian berbeza mengikut usia mereka. Mahkota ini tidak boleh dicabut atau ditanggalkan kerana ia tumbuh di kepala, seolah-olah seperti tanduk pada rusa yang bercabang dan berkerawang indah. Manusia yang mendakwa mendapat mahkota Bunian daripada Alam Ghaib sebenarnya telah diperdaya oleh kaum Jin Kafir yang hanya hendak memperdaya dan menyesatkan umat Manusia. Ianya bukan Harta Bunian seperti yang sering didakwa oleh mereka yang menarik harta dari Alam Ghaib. Bunian tidak memberi harta kepada Manusia. Jika difikirkan secara logic, kenapa perlu Bunian berikan harta kepada Manusia? Emas, permata di Alamzara adalah berbeza dengan yang berada di bumi nyata ini. Puteri Sari pernah berkata, “Sedangkan kami tahu harta itu akan hanya menyesatkan dan membawa kepada pertelingkahan.”

Menurut beliau lagi, Para Bunian tidak memakan daging kerana kepada Para Bunian, memakan daging itu satu bentuk pembunuhan. Mereka hanya makan buah-buahan dan sayuran. Seperti yang telah aku jelaskan di awal blog ini, para Bunian telah diturunkan ke Dunia bersama-sama dengan Nabi Adam AS. Mereka merupakan rahsia Allah, dan kerana itu mereka tidak disebut dalam Al-Quran. Allah Maha Bijaksana, dijadikan Bunian dan Jin Islam untuk membantu dan melindungi manusia daripada Iblis dan Jin Kafir. Bayangkan Nabi Adam baru dijadikan, turun ke Dunia tanpa sebarang pengetahuan mengenai Dunia. Bunian dan Jin Islam telah ditugaskan untuk membantu manusia, mengajar kita bagaimana bercucuk-tanam, membina rumah dan sebagainya. Mereka juga yang telah membantu Nabi Ibrahim membina Kaabah, membantu Nabi Nuh membina bahtera, dan juga berperang disisi Nabi Muhammad di dalam peperangan menentang puak-puak Kafir Quraisy. Para Bunian jugalah yang mendorong bakul yang membawa Nabi Musa ke istana Firaun untuk menyelamatkannya. Malah, Para Bunian turut ada ketika Nabi Sulaiman ingin mengalihkan takhta Puteri Balqis. Tetapi kaum Bunian dan Jin Islam difitnah dan dianiaya oleh iblis dan jin-jin kafir.

Bunian amat sukar membiak. Tetapi mereka ada di merata-rata, membantu manusia yang teraniaya - dengan Izin dan Kehendak Allah Subhanahu Wata’ala. Puteri Sari yang saya kenali boleh berbicara di dalam pelbagai bahasa, termasuk Bahasa Inggeris, Jepun, Rusia dan Belanda. Mereka juga mempunyai teknologi seperti kita, cuma teknologi mereka jauh lebih maju daripada teknologi Manusia. Mereka mempunyai bangunan, kenderaan dan juga persenjataan seperti manusia, tetapi pada tahap kecanggihan teknologi yang jauh lebih maju daripada Manusia.

Kita sering disogokkan dengan kisah tarik harta bunian, Bunian ni hantu dan syaitan, Bunian curi anak orang, dan lain-lain. Buat apa Bunian nak bagi harta kat manusia? Harta hanya membawa kepada hasad dengki, permusuhan, peperangan dan kemusnahan. Saya pernah melihat harta yang konon-kononnya ditarik dari Alam Bunian. Maaf saya katakana disini bahawa itu adalah tidak benar sama sekali. Saya boleh beli barang yang sama di Petaling Street! Harta Bunian berlainan daripada harta manusia. Jika dan hanya jika dianugerahkan kepada kepada Manusia, biasanya ada tujuan tertentu seperti untuk membantu dalam perawatan atau mempertahankan diri. Bunian tidak akan memberikan harta kepada manusia jika harta tersebut diketahui akan membawa kepada kemudaratan. Seperti yang saya cakapkan tadi, Bunian merupakan alim-ulama. Mereka dijadikan dari cahaya, bukannya syaitan atau iblis yang memperdaya manusia, sebaliknya mereka yang membantu manusia. Yang mengganggu tu sebenarnya Iblis dan Jin Kafir. Jin Kafir yang memperdaya manusia dengan memberikan manusia pelbagai artifak seperti batu permata dan perhiasan serta kayu-kayu yang pelik. Mereka muncul di hadapan manusia dan menyamar sebagai Bunian dengan berjubah dan berserban. Iblis pula tahu ketakutan manusia. Mereka akan menzahirkan diri  menjadi apa yang ditakuti manusia. Itu yang kita panggil 'pontianak', 'pocong', 'toyol' dan sebagainya. InsyaAllah akan saya sampaikan lagi dengan lebih lanjut mengenai perkara ini.
Sekian dahulu buat masa ini. Wabillahi taufiq wal hidayah.

* Salam kepada para pembaca. Minta baca artikel terkini di dalam blog ini "Kebenaran mengenai Bunian" dan "Kebenaran mengenai Bunian II" untuk mendapat maklumat mutakhir mengenai Para Raja Bunian. Artikel di atas banyak menceritakan mengenai rakyat Bunian biasa, namun Para Raja-raja Bunian berbeza. Raja-raja Bunian serius di dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Mereka tidak berjenaka, gelak ketawa mahupun senyum. Mereka sentiasa bersenjata dan berperisai, sesuai dengan tugasan mereka membinasakan iblis dan jin kafir. Para Raja-raja Bunian juga bersayap dan mereka berada di seluruh dunia. Silalah baca artikel-artikel terkini untuk mengetahui lebih tentang Kebenaran mengenai Bunian. Wassalam. *

Comments

  1. Menarik dan cuma saudara mengaitkan bunianyang di ciptadari cahaya,,,,ciptaan illahi hanya ada 3 kategori...: malaikat,jin dan manusia. Bila disebut bunian dari ciptaan cahaya,,,,,,,ganjil sayarasakan,,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam En Ramli. SubhanAllah, Allahuakbar, sebagaimana yang saya telah katakan, Bunian adalah rahsia Allah. Tetapi sekarang sudah tidak dapat dirahsiakan lagi kerana Puteri Nur warisan terakhir dan terlalu banyak jin kafir yang menyamar. Puteri Nur telah melihat encik dan menjemput encik datang menemui kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Encik ada email peribadi yang boleh kita berhubung? Boleh inboxkan ke pg5bntr7@gmail.com. Terima kasih. Wassalam.

      Delete
    2. Salam,
      Saya sangat tertarik membaca kisah Bunian ini. Saya ada satu soalan tetapi saya minta maaf jika bunyinya lucu (tetapi demi Allah, saya betul-betul ingin tahu kerana ada cerita disebaliknya.)Berdasarkan keterangan alam yang biasa dihuni oleh Bunian (sejuk,lembab,air terjun dll) apakah ada masyarakat Bunian yang tinggal di England? Mohon jawapan. Terima kaseh.

      Delete
    3. Assalamualaikum, untuk makluman semua yang membaca, sebenarnya kaum Bunian terdapat di seluruh dunia. SubhanAllah. Bukan sahaja di Nusantara ini. Apa yang telah disampaikan di atas menggambarkan alam Bunian yang tiada cahaya matahari, gelap, lembap, tetapi terang akibat disinari cahaya Bunian itu sendiri. Di alam manusia, kaum Bunian lebih suka berada di tempat-tempat yang sebegini kerana ia sesuai dengan sifat dan fisiologi mereka, subhanAllah. Jawapan kepada soalan tadi ialah ya, di England juga terdapat masyarakat Bunian. Malah di Itali, Hawaii, Uzbekistan, Turki... MasyaAllah, kaum Bunian terdapat di seluruh dunia, di mana ada Islam. Ini adalah kerana menjadi tugas mereka berdamping dan membantu manusia.

      Boleh dikongsikan apa cerita di sebalik pertanyaan itu? Terima kasih dan wassalam.

      Delete
  2. Replies
    1. Assalamualaikum saudari, maaf, apa yang kelakarnya? Adakah saudari tidak mempercayai kewujudan makhluk ghaib? Jika benar, maaf saya bertanya, apakah Rukun Iman yang kedua? Terima kasih di atas response saudari. Wassalam.

      Delete
  3. Assalam.saya mohamad yusri bin mohd syahrin,ibu sapiah binti tamam.Mohon jasa baik Tuan utk scan sy dan jika diizinkan,sy ingin mohon bantuan tuan agar mendapatkan gambar puteri seri bulan dan sahabat2 ghaib sy.Hijab n kashaf sy msh blm terbuka sepenuhnya.email saya cyber_yusri@yahoo.com Wassalam,JazakAllah.

    ReplyDelete
  4. Hmmm,,,Arwah Moyang pada moyang saya,,Sultan Perak(1853),,berkahwin dgn Puteri Bunian,,Moyang saya Syeikh.... juga mempunyai isteri dari golongan bunian.saya tak rasa puteri nur tu waris terakhir,,,banyak lagi rahsia yg terpendam,,yg saya tak kan kongsi dgn orang lain,,sebab semua rahsia makhluk adalah milik Allah,,cuma ingatlah khalifah dimuka bumi adalah Manusia,,betapa istimewanya ciptaan Allah,,bersyukurlah kita dilahirkan sebagai manusia..memang terlalu ramai yang tertipu,hingga tidak boleh bezakan jin2,syaitan2 yang menyamar dengan yang benar2 dari golongan bunian.Saya cuma manusia yg jahil dari segala segi,manusia yang sangat2 sedikit ilmunya,,tidak tertanding ilmu Allah yang tinggi,,tapi saya boleh nampak siapa saudara,,siapa yg saudara bicarakan di sini,,maaafkan Hamba Allah yg fakir ini,bukan menafikan @membetulkan,,cuma sesetengah benda ada yg harus disembunyikan,Dari Arwah Datuk saya hidup,,Arwah Tuan Guru Syeikh....hidup(sejak kanak2),macam macam perkara tentang bunian yang saya lalui,,saya kenal setiap seorang dari mereka,,Siapa,,biarlah rahsia,,bukan meninggi diri,,cuma sekadar berkongsi,,kerana saya Hamba Allah yg terlalu rendah ilmunya,,terlalu sedikit pengalaman hidupnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mutiara Herbs,
      Sila baca atau add ke Facebook Bentara Tujuh. Di sini, untuk maklumaan, perkahwinan antara Bunian dan manusia bukan macam perkahwinan kita sesama manusia. Kalau dah berkahwin dengan Abdullah, maka kamu keturunan Abdullah. TIDAK sama sekali. Bunian dicipta ALLAH dari cahaya. Jadi, bola cahaya itu pergi kepada yang dipilih. Di sini Puteri Nur adalah warisan dari Puteri Sari (yang mana nama sebenarnya saya rahsiakan) yang merupakan Raja segala Raja-Raja Bunian di seluruh dunia. Ada sebab kenapa ALLAH mengizinkan perkahwinan antara Bunian dan manusia, tetapi haram bagi jin dan manusia. Di sini, jangan berfikir logik sebagai manusia. Dari kecil, bola cahaya itu berada di atas kepala Puteri Nur. Ustaz-ustaz dan alim ulama yang ditemui tidak tahu apakah bola cahaya itu. Kehidupan Puteri Nur dari kecil didatangi roh, qarin, jin, bermacam-macam dugaan yang dia telah lalui. Roh-roh yang muncul meminta pertolongan berbagai-bagai lagi. Tujuan saya membuat blog ini untuk menyampaikan kebenaran tentang Bunian yang tidak seperti manusia fikirkan, termasuklah hal perkahwinan Manusia dan Bunian.
      Mutiara Herbs boleh add saya di Facebook jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut. Puteri Nur amat sibuk merawat, sebelum keberangkatan pulangnya ke Alam Zara. Allah mencipta pelbagai Alam. 99 nama ALLAH terkandung pelbagai rahsia. Bukan mudah untuk Puteri Nur mahu pulang ke alam yang tidak pernah terlintas oleh akal kita tentang alam itu. Satu perkara lagi yang ingin saya sampaikan, selama Puteri Nur merawat, banyak saka yang telah dibebaskan, termasuk jin-jin yang menyamar sebagai Bunian. Berpakaian putih, berselendang dan berserban putih, ada yang membawa bakul bunga, semua itu adalah lakonan jin-jin untuk memperdaya manusia kerana manusia menyangka Bunian berpakaian begitu, sebenarnya tidak. Mereka lengkap berperisai dan bersenjata - pedang - kerana tujuan Bunian diciptakan adalah untuk membinasakan iblis. Mereka bersifat tegas, berpendirian tegas, bukan lembik seperti yang manusia gambarkan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, silalah berhubung dengan saya. Puteri Sari dan Puteri Nur boleh melihat hanya dengan memberi nama dan manusia itu mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Puteri Nur. Segala-galanya akan muncul dan insyaAllah boleh diketahui kebenaran adakah benar seseorang itu berkahwin dengan Bunian atau tidak. Saya ulang sekali lagi, ia tidak seperti perkahwinan manusia. Dan kita sebagai manusia, sepatutnya bersyukur kita adalah ciptaan ALLAH yang paling mulia.
      Sekian, wassalam.

      Delete
  5. Salam, saya amat berminat untuk mengetahui alam bunian. Sebelum ini saya hanya percaya apa yang telah dipelajari sewaktu sekolah. Tetapi setelah mengetahui anak kesayangan saya mempunyai keistimewaan yang tidak diduga barulah saya mahu pengetahui ilmu2 dsebalik itu (yg telah discan oleh beberapa org)... Begitu luas ilmu Allah dan tidak termampu untuk ditembusi oleh kita. Dan saya juga baru mengetahui tentang anak indigo...SubhanaAllah...begitu agungNya dan Luasnya ilmuMu Ya, Allah. Sbgai ibu, saya hanya mampu berdoa kpdNya agar zuriatku dilindungi olehNya, ttpi mahu tidak mahu saya juga perlu mempelajari rahsia tersembunyi ini agar anak saya tidak keliru dan terpesong dari landasanNya. Kpd Mutiara Hebs, saya mahukan penjelasan ini untuk pengetahuan saya. email saya : aida_erin76@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  6. Salam,

    mengapa tuan tidak menemukan orang bunian tersebut dengan ulama untuk memperluaskab ilmu islam ini? Maksud sata, tuan mengatakan mereka dicipta dari cahaya dan ia rahsia tuhan. Jika rahsia tuhan, bagaimana tuan pula mendapat keistimewaan untuk mengetahui rahsia yang tidak diketahui oleh oleh ulama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara Irwan,
      Pertama sekali, Bunian bukan orang, sebaliknya makhluk ciptaan ALLAH dari cahaya. Sebenarnya, ustaz dan ulama ada yang telah bertemu dengan Puteri Nur, dan Puteri Nur membantu mereka. Namun begitu, mereka merahsiakan perihal Puteri Nur dan Puteri Sari demi keselamatan Puteri Nur sebagai satu-satunya manusia kacukan Bunian. Di sini saudara bertanya bagaimana saya mendapat keistimewaan untuk "mengetahui rahsia yang tidak diketahui oleh ulama". Syukur alhamduLillah, saya dipilih untuk membantu Puteri Nur merawat manusia. Saya tidak meminta, tetapi telah digerakkan untuk membantu Puteri Nur dalam perawatannya dan Puteri Sari (BUNIAN) memberi saya nama Panglima Bentara Tujuh dengan memikul pelbagai tanggungjawab untuk membantu manusia agar tidak berlaku syirik, membebaskan saka-saka yang diambil agar manusia tidak berdamping dengan jin-jin yang membawa kepada kerosakan, seperti yang telah dinyatakan dalam Surah Jin, ayat 6. Keistimewaan dan ilmu pengetahuan yang saya dapat adalah anugerah dari ALLAH subhanahu wata'ala. Sekian, wassalam.

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. begitu agungNya dan Luasnya ilmuMu Ya Allah.banyak lagi yang tak tercapai oleh akal kita mengenai alam ghaib.Sejauh mana kebenaranya Allah yang MAha Mengetahui.. nice info

    ReplyDelete
  9. Salam..bentara tujuh...apa yg sy tlh tnya bnyk org yg pndai2 dn tahu ttg alam ghaib...bunian juga tergolong dlmgolongn jin..itu sbb manusia tidak boleh berkhwin org bunian..sbb akn terjadinya fitnh atau sbliknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara Hakhim Bro,
      Saya nampak punca permasalahan saudara adalah daripada pendapat bahawa para Bunian adalah daripada kaum Jin. Seperti yang telah saya terangkan, para Bunian dijadikan ALLAH daripada Cahaya, sama seperti para Malaikat. Mereka bukan jin, yang telah ALLAH jadikan dari api. Saya rasa di sini jelas bahawa Bunian bukanlah jin, kerana mereka dijadikan daripada cahaya dan bukan api. Larangan berkahwin dengan jin memang jelas, tetapi ALLAH membenarkan perkahwinan antara Bunian dan manusia. Wassalam.

      Delete
  10. Ttg blaja dgn org bunian...atau dpt dri mimpi..bknkh lebih baik blaja dgn guru nyata?mmg bila brdamping dgn bunian..akn dpt bnyk ilmu...tp bila dikunci..atau dikurung bunian itu...hilang ilmu itu...maksudnya kita pakai atau pinjam ilmu die..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa Bunian bukan orang. Dari pengalaman peribadi saya, para tidak mengajar sepertimana kita ke sekolah/universiti dan belajar dari cikgu/pensyarah. Mereka memberikan kita ilham dan gerak hati untuk melakukan sesuatu, dan membantu kita dengan kemahiran-kemahiran untuk mencapai objektif itu. Skop "belajar" di sini amatlah luas, bukannya ilmu berkaitan agama atau mistik semata-mata.
      Bunian tidak mungkin dapat dikunci atau dikurung, kerana mereka bukanlah jin... Wassalam.

      Delete
  11. Kalau sy slh ..sy minx maaf..takpe..sy rujuk lagi ttg hal bunian ni..tp bab nabi2..bknkah nabi ada mukjizat....bley trus minx kt allah...cmna la..bley ckp bunian yg bntu..knpa bkn malaikat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara,
      Kenapa perlu dipertikaikan kehendak dan kekuasaan ALLAH subhanahu wata'ala? Bunian dijadikan daripada cahaya, sama seperti Malaikat. Bezanya para Malaikat tidak makan, minum dan tidur tetapi para Bunian makan, minum dan tidur supaya mereka dapat mendampingi manusia. Para Bunian telah membantu Nabi Adam ketika mula berada di Bumi. Bunianlah yang telah mendorong Nabi Musa hanyut ke istana Firaun. Bunian juga pernah terlibat di dalam peperangan bersama-sama Nabi Muhammad.
      Wassalam...

      Delete
  12. Ilmu agama cetek.sy akn blaja lagi....kalau sy slh..sy minx maaf..sy insan biasa...moga kita semua dijalan yg benar...orrauluqi@yahoo.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah... saya telah membalas email saudara kepada saya. Terima kasih. Wassalam.

      Delete
  13. Salamm... Satu fakta yang menarik...sya mmg suka untuk mengetahui tentang Alam Bunian. bnyk cerita negatif dan positif yg sya dengar tentang Alam Bunian.Fakta yang pernah saya dengar:>
    Bunian tergolong dalam makhluk halus kerana hadis Nabi S.A.W menyebut
    "bahawa ada makhluk halus ini yang suka tinggal bersama manusia dalam rumah manusia,malah mereka suka mencari tempat yang tidak berjauhan dari perkampungan manusia".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara Asyraf,
      Untuk makluman saudara, para Bunian tidak tinggal bersama manusia di dalam rumah manusia, sungguhpun mereka mendampingi manusia-manusia tertentu yang dianiaya dan memerlukan bantuan. Malah, kehadiran makhluk halus seperti jin dan iblis di dalam kediaman manusia akan menyebabkan kesakitan kepada manusia tersebut. Wassalam.

      Delete
  14. Erk..aku x arif sgt hal2 cmni..so pcya atau x ssh nk ckp la..aku lbh tbuka dgn bukti dpn mata..bak kata org slagi x d dpn mata slagi 2 hati x pcya..tp yg psti aku tak nak sesat dlm agama aku sndri..

    ReplyDelete
  15. Salam saudara Kifli,

    Percaya atau tidak? Separuh daripada Rukun Iman kita terdiri daripada yang Ghaib. Bagaimana boleh kita katakan selagi tiada di hadapan mata maka selagi itu hati tidak percaya? Bagaimana pula dengan kewujudan Malaikat, hatta Allah subhanahu wata'ala sendiri? Bagaimana pula dengan Roh? Apakah saudara dapat melihat roh saudara sendiri?

    Maaf jika saya terkasar bahasa, tetapi ini berkaitan dengan aqidah kita...

    Tetapi dalam alam Nyata ini pun, ada benda yang kita tak nampak, tapi kita mempercayainya, bukan? Bolehkah saudara nampak udara? Tetapi tanpanya, kita semua takkan hidup, bukan? Saudara sudah tentu menggunakan peralatan elektrik dan elektronik, bukan? (Kalau tidak, masakan boleh membaca blog ini?) Tetapi pernahkan saudara melihat atau tahu apa itu elektrik? Bagaimana pula dengan gelombang elektromagnet yang membolehkan kita berkomunikasi tanpa wayar? Fikir-fikirkan...

    Wassalamu'alaikum.

    ReplyDelete
  16. Salam,saya amat suka dan tertarik dengan fakta ini.. saya tertarik dengan cerita alam bunian dan keindahan kawasannya..tetapi maaf saya bertanya? saya banyak survey di blog2 malah ada ustaz pun berkata, bunian ini tak secantik yang kita sangka selama ini. ada yang berkata pula suka menyorok orang bila tersesat dalam hutan sebagainya.. dan saya keliru adakah ia benar atau cerita semata2? dan apakah kebenaran cerita ini.. Maaf sy ingin tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudari, sebelum menjawab pertanyaan saudari, ingin saya mempelawa saudari membaca artikel terkini dalam blog ini bertajuk "Kebenaran Mengenai Bunian". Pertama sekali, para Bunian tidak pernah memunculkan diri kepada manusia sebelum ini. Kebanyakkan kisah-kisah yang kita dapati dan baca sama ada online atau dari sumber lain, biasanya adalah kes-kes jin-jin yang menyamar sebagai Bunian. Untuk makluman, Puteri Nur seorang perawat. Kami pernah menemui kes di mana jin mengaku dan menyamar sebagai Bunian untuk memperdaya manusia. Mereka memperlihatkan diri berpakaian putih, berbaju kurung, berserban dan berjubah putih serta membawa tasbih. Namun begitu, pakaian Bunian sebenarnya bukanlah begitu. Mereka adalah pejuang, panglima perang yang setiap hari bertempur dengan jin kafir dan iblis laknatullah. SubhanAllah. Mengenai Bunian menyorokkan manusia, cuba saudari fikir, apa manfaatnya kepada Bunian tersebut? Tugas mereka hanyalah beribadat kepada Allah, solat, zikir, dan bertempur dengan iblis. Mereka mendampingi manusia yang teraniaya dan membantunya. Kejadian manusia sesat di hutan dan disorokkan itu biasanya adalah pekerjaan qarin manusia itu sendiri. Qarin adalah jin, dan kebanyakkannya adalah jin yang angkuh dan bongkak kerana mereka menganggap diri mereka lebih mulia dari jin lain kerana berdampingan dengan manusia. Bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Jin, ayat 6, "Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." Allahuakbar. Inilah kebenaran yang dapat saya sampaikan. Terima kasih di atas pertanyaan saudari. Wassalam.

      Delete
  17. salam...Bentara Tujuh...Bertemu dialam penulisan begini...kadang kala cukup untuk kita mengenali walaupun tidak bersua muka..saya telah baca penulisan Bentara Tujuh banyak maklumat dan aturan hidup alam nyata dan ghaib telah terbongkar..terima kasih diatas perkongsian ilmu ini..apa yang ingin saya nyatakan adalah perjalanan yang saya lalui selama ini banyak telah dibimbing walaupun tanpa sedar...cuma minta pandangan ahli yang lebih arif...sekadar untuk berkongsi ilmu...Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara, sila add saya di Facebook, Bentara Tujuh.
      Untuk makluman saudara dan para pembaca lain, artikel terkini blog ini telah dipaparkan bertajuk "Kebenaran mengenai Bunian" dan "Kebenaran mengenai Bunian II". Maklumat terkini dan lebih terperinci telah disampaikan di dalam artikel-artikel baru ini. Juga, terdapat video ringkas perawatan Puteri Nur di dalam wall Facebook bagi mereka yang menjadi 'friend' Bentara Tujuh. Sekian, wassalam.

      Delete
  18. boleh berkongsi ini dengan saya? maaf. saya penuh dengan tanda tanya, juga berminat untuk tahu ini dengan lebih mendalam. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, sila layari dan baca blog ini dari awal sehingga artikel terkini. Banyak maklumat yang telah dipaparkan. Juga, sila add saya di Facebook, Bentara Tujuh. Wassalam.

      Delete
  19. assalamualaikum saudara, jika benarlah apa yang saudara katakan itu sya ada sdkit pertnyaan, sya pernah diikuti oleh seorang putri bunian pda mulanya sya tdak tau cuma bdan brsa lain ttpi stlh berubat dngan pakcik sye yg mngmalkn ilmu perubtan islam baru lah saya sedar . pakcik sye kte "ada orang suka/minat tuu sbb tuu dia ikut." lbih krang begitu lah. jadi apa yg sya ingin tnyakn ialh, mcm seorang putri boleh tertrik atau mnat pada mnusia biasa mcm sya? dlam bnyak2 knpa sya? apa yg sbnrnya yg ptut sye bwat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara, Puteri Nur sudah melihat saudara. Sebenarnya saudara diikuti oleh jin saka keturunan sendiri. Sentiasalah dekatkan diri kepada Allah subhanahu wata'ala. Berzikir, bacakan surah Al-A'ala 3x dan Al-Mulk pada air untuk diminum. Sila add ke facebook Bentara Tujuh supaya saudara dapat private message dan akses rakaman suara Puteri Sari, nenda Puteri Nur serta status updates yang berkenaan. Semoga itu dapat menjawab soalan saudara. Terima kasih.

      Delete
  20. as salam nama kakak faizah binti nik yah .... kakak boleh megubati masalah sihir sedikit 2 kakak mahu tahu adakah benda yang berada bukan didalam tubuh kakak ini benda yang baik... kerana selama ini benda itu tidak meminta kakak berbuat yang benda yang haram.. dan didalam masa kakak berubat dia hanya meminta kakak membaca ayat 3 qul dan ayat qursi serta tidak minta benda yang bukan 2.... adakah benda ini boleh kakak gunakan .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak, di dalam Islam, kita tidak boleh menggunakan pendamping atau barang-barang perantaraan. Kakak dah nyatakan dengan jelas kakak menyebut 'benda'. Itu adalah jin yang berdamping dengan manusia. Saya harap kakak add saya di facebook Bentara Tujuh. Wassalam.

      Delete
  21. Salam saudara..mohon pencerahan mengenai beberapa sudut diri saya yang belum terjangkau dek akal diri sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ombakjahat_tsunami@yahoo.com.my

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kebenaran mengenai Bunian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Wallahi,wabillahi, dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Tiada Tuhan melainkan ALLAH, dan MUHAMMAD adalah UtusanNya. Sesungguhnya, sebelum ALLAH menciptakan Adam ‘alaihissalam, para Malaikat mempersoalkan keputusan itu. Peristiwa ini dicatatkan dalam ayat 30 surah Al-Baqarah,

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Lalu diciptakanlah Nabi Adam daripada tanah yang telah diambil oleh para Malaikat daripada seluruh pelosok Bumi. Setelah Nabi Adam diciptakan, ALLAH subhanahu wata’ala telah mengarah…

Kebenaran tentang Puteri Nur

Assalamualaikum, dengan izin Allah kita bersua lagi. Saya pelik kerana sering dimarahi dengan teruk oleh Puteri Ratna kalau saya tak jaga Puteri Nur betul-betul. Puteri Ratna tak izinkan Puteri Nur bersendirian kerana katanya terlalu banyak jin kafir dan iblis ingin memusnahkan Puteri Nur. Pada mulanya saya tak faham, kenapa sampai dia kata kalau sekali lagi saya tak jaga Puteri Nur betul-betul, dia akan bawa Puteri Nur pulang ke Alamzara. Sehingga pada satu hari, Puteri Ratna memerintahkan supaya Puteri Nur dibawa ke sebuah kawasan air terjun. Di sana, Puteri Ratna telah membuka rahsia sebenar siapa Puteri Nur.

Puteri Nur rupanya waris terakhir Putera Sarayana, kekanda kepada Puteri Ratna. Dia sebenarnya kacukan Manusia dan Bunian! Jasad Puteri Nur adalah manusia, tetapi dia diselaputi cahaya berwarna putih iaitu cahaya Bunian. Mereka yang telah dibuka hijabnya boleh melihat cahaya ni. Begitu juga dengan ulama yang pernah merawat Puteri Nur. Mereka tahu siapa dia sebenarnya. Kejadia…