Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

Kisah Riangga...

Assalamu'alaikum, dengan izin Allah kita bertemu lagi. SubhanAllah. SubhanAllah. SubhanAllah. Kali ini aku ingin menitipkan kisah Riangga, seorang penari istana Majapahit. Siapa Riangga? Apa yang istimewa mengenainya? Kalau nak tahu, Riangga ialah nama sebenar Puteri Gunung Ledang. Puteri Ratna Dumillah hanyalah nama yang diberikan oleh Sultan kepadanya. Setiap kali Puteri Sari bercerita mengenai Riangga, pasti air matanya berderai. SubhanAllah. Kisah berikut aku terima daripada Puteri Sari...Riangga merupakan seorang penari istana yang kecantikannya diidamkan segala raja yang pernah melihatnya. Tariannya yang mempersona membuatkan beliau menjadi buruan. Namun, kasihan, Riangga telah diperkosa Bendahara Majapahit. Beliau mendapat anak kembar, keduanya puteri. Pada zaman itu, anak penzina akan dibunuh. Walaupun Riangga diperkosa, tetapi anak-anaknya tetap dianggap anak zina. Riangga digilai Sultan Melaka yang taksub kepada wanita. Tapi baginda hanya hendakkan Riangga, bukan anak-an…

Kebenaran tentang Puteri Nur

Assalamualaikum, dengan izin Allah kita bersua lagi. Saya pelik kerana sering dimarahi dengan teruk oleh Puteri Ratna kalau saya tak jaga Puteri Nur betul-betul. Puteri Ratna tak izinkan Puteri Nur bersendirian kerana katanya terlalu banyak jin kafir dan iblis ingin memusnahkan Puteri Nur. Pada mulanya saya tak faham, kenapa sampai dia kata kalau sekali lagi saya tak jaga Puteri Nur betul-betul, dia akan bawa Puteri Nur pulang ke Alamzara. Sehingga pada satu hari, Puteri Ratna memerintahkan supaya Puteri Nur dibawa ke sebuah kawasan air terjun. Di sana, Puteri Ratna telah membuka rahsia sebenar siapa Puteri Nur.

Puteri Nur rupanya waris terakhir Putera Sarayana, kekanda kepada Puteri Ratna. Dia sebenarnya kacukan Manusia dan Bunian! Jasad Puteri Nur adalah manusia, tetapi dia diselaputi cahaya berwarna putih iaitu cahaya Bunian. Mereka yang telah dibuka hijabnya boleh melihat cahaya ni. Begitu juga dengan ulama yang pernah merawat Puteri Nur. Mereka tahu siapa dia sebenarnya. Kejadia…