Skip to main content

Kebenaran tentang Puteri Nur

Assalamualaikum, dengan izin Allah kita bersua lagi. Saya pelik kerana sering dimarahi dengan teruk oleh Puteri Ratna kalau saya tak jaga Puteri Nur betul-betul. Puteri Ratna tak izinkan Puteri Nur bersendirian kerana katanya terlalu banyak jin kafir dan iblis ingin memusnahkan Puteri Nur. Pada mulanya saya tak faham, kenapa sampai dia kata kalau sekali lagi saya tak jaga Puteri Nur betul-betul, dia akan bawa Puteri Nur pulang ke Alamzara. Sehingga pada satu hari, Puteri Ratna memerintahkan supaya Puteri Nur dibawa ke sebuah kawasan air terjun. Di sana, Puteri Ratna telah membuka rahsia sebenar siapa Puteri Nur.

Puteri Nur rupanya waris terakhir Putera Sarayana, kekanda kepada Puteri Ratna. Dia sebenarnya kacukan Manusia dan Bunian! Jasad Puteri Nur adalah manusia, tetapi dia diselaputi cahaya berwarna putih iaitu cahaya Bunian. Mereka yang telah dibuka hijabnya boleh melihat cahaya ni. Begitu juga dengan ulama yang pernah merawat Puteri Nur. Mereka tahu siapa dia sebenarnya. Kejadian Puteri Nur adalah sesuatu yang mustahil, tetapi Allah Maha Kuasa, ada sebabnya. Puteri Nur adalah utusan Allah yang Manusia akan tahu tidak lama lagi. Puteri Nur satu-satunya kacukan Manusia dan Bunian yang ada. Perkahwinan antara Manusia dan Bunian selalunya akan menghasilkan Manusia terus atau Bunian terus. Tapi Puteri Nur memiliki kedua-dua ciri Manusia dan Bunian.

Anugerah yang dimiliki Puteri Nur sekarang tiada tandingnya, dan ulama-ulama yang telah melihatnya terkejut dengan anugerah yang ada pada Puteri Nur. Bagi manusia yang ingin dirawat oleh Puteri Nur, atau hanya mahu menilik nama, Puteri Nur baru hendak mengambil wuduk sahaja pesakit itu sudah mula menangis dan menggigil. Puteri Nur harus mempunyai wuduk apabila merawat. Puteri Nur boleh melihat segala roh, qarin, iblis atau jin-jin yang ada bersama pesakit itu.

Hari demi hari Puteri Nur melalui perubahan dari manusia ke bunian. Tabiat pemakanannya, perilakunya, perwatakannya, makin hari makin 'Bunian'. Dia dah jadi semakin pendiam, kurang bergerak, lebih banyak beribadat & berzikir, dia dah tak nak berhubung dengan manusia. Handphone nya pun dah dimatikan. Saya dipertanggungjawabkan untuk menjaga makan-minumnya, menguruskan singgahsananya. Satu hari saya lihat dia terbaring, saya sangka dia penat buat kerja. Tiba-tiba nendanya Puteri Ratna muncul. Puteri Ratna memberitahu saya kalau manusia berehat akan dapat tenaga, tetapi kalau Bunian tak bergerak tu maknanya dah kehabisan tenaga. Kalau dibiarkan boleh meninggal! Aku bergegas keluar ambil bunga mawar dan melur, dan terus diberikan kepada Puteri Nur. Alhamdulillah, selepas menghidu bunga, barulah dia segar sikit. Bunga merupakan tenaga kepada Bunian. Sekarang Puteri Nur pun dah macam tu, memerlukan bunga setiap hari.

Sekian dahulu, wassalam.

*Assalamualaikum para pembaca sekalian, ingin saya mempelawa saudara/saudari untuk membaca artikel terkini di blog ini, "Kebenaran mengenai Bunian" dan "Kebenaran mengenai Bunian II" untuk mendapat maklumat terkini mengenai Para Raja-raja Bunian. Wassalam.

Comments

  1. encik,betul ker cerita ini,sebab saya baca didalam internet berkisahkan banyak keburukannya.bukan tidak percaya tapi ragu-ragu memanglah sebagai orang islam kena percaya benda gaib,sebut pasal putri yg pandai menilik tu.encik cuba bertanyakan tentang nama saya mohd shah aliff nama ibu saya che selmiah ramli.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      SubhanAllah, apa yang saya ceritakan adalah kebenaran yang diperolehi terus dari sumbernya. Jika saudara ada apa-apa kemusykilan atau ingin mengetahui sesuatu, sila buat temujanji melalui saya dan berjumpa sendiri dengan Puteri Nur.

      Delete
  2. Assalamualaikum, di negara kita ramai alim ulama dan para ustaz yang merawat dibantu oleh Bunian. Dalam hal Puteri Nur, dia sendiri manusia-bunian. Puteri Nur merawat seikhlasnya, tidak menetapkan bayaran. Seikhlas seadanya. Puteri Nur merawat pelbagai penyakit manusia jika encik ada masalah, sebaiknya boleh datang bertemu. Disebabkan terlalu banyak d internet yang salah, maka itulah saya menulis kerana Puteri Nur adalah warisan terakhir perkahwinan manusia dan bunian. Satu-satunya. Puteri Nur akan muncul di kaca TV nanti tetapi beliau akan memakai purdah untuk melindungi identitinya. Hanya pesakit-pesakit yang telah dirawatnya mengenalinya. Allahuakbar.

    ReplyDelete
  3. Menarik cerita saudara terima kasih byk..
    Apakh manusia biasa boleh pergi ke alam bunian ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesungguhnya ALLAH subhanahu wata'ala telah menjadikan pelbagai Alam yang bersesuaian dengan makhluk-makhluk yang tinggal di situ. Manusia biasa tidak sesuai hidup di Alam Bunian, dan begitu juga dengan makhluk lain tidak sesuai hidup di Alam Nyata/Manusia. Wassalam...

      Delete
  4. askum,tn sy dh htr emal kat tuan.scan kan nama sya tuan?peridin emal celikpelik@gmail.com.

    ReplyDelete
  5. sampaikan salam ana pade Puteri Nur ..
    ismi Dini dayanaa ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah... Saudari dari forum halaqah.net, kan? Terima kasih kerana membaca blog ini. Wassalam.

      Delete
  6. sejahtera hendakNya..sekira sudi bahawasanya sy ingin berjumpa dengan tuan puteri Nur jika di Izinkan oleh Allah ..

    ReplyDelete
  7. Salam... sila add saya di Facebook jika ingin berhubung. Fb saya Bentara Tujuh. Terima kasih, wassalam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kebenaran mengenai Bunian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Wallahi,wabillahi, dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Tiada Tuhan melainkan ALLAH, dan MUHAMMAD adalah UtusanNya. Sesungguhnya, sebelum ALLAH menciptakan Adam ‘alaihissalam, para Malaikat mempersoalkan keputusan itu. Peristiwa ini dicatatkan dalam ayat 30 surah Al-Baqarah,

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Lalu diciptakanlah Nabi Adam daripada tanah yang telah diambil oleh para Malaikat daripada seluruh pelosok Bumi. Setelah Nabi Adam diciptakan, ALLAH subhanahu wata’ala telah mengarah…

Perihal Bunian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. AlhamduLillah, dengan Kehendak Allah Subahanu Wata’ala, kita bersua lagi. Saya Haji Muhammad, digelar Panglima Bentara Tujuh, penjaga dan Bentara kepada Puteri Nur, warisan terakhir Bunian-Manusia. Di Alam Bunian atau Alamzara, Puteri Nur adalah waris terakhir Raja Segala Raja-raja Bunian yang juga merupakan satu-satunya Manusia kacukan Bunian. Saya telah diisytiharkan sebagai Perantara bagi Para Raja-raja Bunian melalui Puteri Nur. Tugas saya selaku pemerhati dan pencatat yang merakam segala yang berlaku kepada Puteri Nur dan apa yang disampaikan kepada saya oleh Para Bunian. Maklumat ini kemudiannya akan disampaikan kepada Manusia supaya dapat merungkaikan segala salahfaham dan tanggapan yang tidak benar mengenai Para Bunian.

Kita selalu mendengar dan membaca pelbagai kisah mengenai Alam Bunian dan Alam Jin. Ada yang mengatakan bahawa Bunian adalah hasil perkahwinan antara Manusia dan Jin. Ada juga yang mendakwa bahawa Bunian adalah Iblis d…