Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

The Bunian: Beings of Light

Assalamualaikum, I have a small update, especially for readers who are not native speakers of Bahasa Melayu. Bunian: Beings of Light is a blog dedicated to the Bunian just like this one, but in English. It is being updated by a dear friend from Down Under. Please browse this blog for current information on the Bunian.

Note: Most of the material in this blog has been obtained from Nukilan Bentara Tujuh, translated into English.

Perbualan Terakhir Dengan Puteri Sari

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, syukur alhamduLillah, blog Nukilan Bentara Tujuh telah mencapai 10,000 views sejak blog ini mula ditulis. SubhanAllah, semakin ramai yang telah mengetahui mengenai Kebenaran mengenai Para Bunian.

Di sini saya ingin menyampaikan satu lagi link kepada youtube yang memaparkan perbualan terakhir bersama Puteri Sari. Di dalam video ini, beliau menjelaskan persoalan-persoalan yang sering bermain di fikiran manusia. Perbualan ini turut dipaparkan di dalam 3 bahagian di dalam laman Facebook Bentara Tujuh.

Sila subscribe ke channel Bentara Tujuh di youtube untuk mendapatkan video-video terkini dari kami. Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


<Sila klik gambar di atas untuk mendengar perbualan tersebut di youtube>

Tiada Bank Di Alam Bunian!

Assalamualaikum, di sini ingin saya nyatakan dengan jelas bahawa Puteri Sari, Raja segala Raja-raja Bunian yang berusia 2500 tahun, telah bersuara dengan tegas dan murka, TIDAK ADA BANK ALAM BUNIAN!!! TIDAK ADA BANK DI ALAM JIN!!! TIDAK ADA PEMBERIAN HARTA BUNIAN, GELIGA BUNIAN, SENJATA BUNIAN, BARANG-BARANG MISTIK BUNIAN. Puteri Sari bersuara lagi, untuk apa Bunian memberikan harta kepada manusia? Dan kenapa Bunian harus memberi harta kepada manusia? Alam Bunian di Kayangan. Pinggan mangkuk dari emas, batu-batu sungai dari emas, batu permata. Segalanya adalah tipu daya jin untuk menyesatkan manusia dan membawa ke arak SYIRIK. Meminta harta sedangkan segala rezeki HARUS datangnya dari Allah subhanahu wat'ala dengan usaha manusia sendiri. Di sini manusia harus berfikir dengan akal, kata Puteri Sari lagi, manusia darjat mulia. Kenapa harus ada bank di Alam Bunian? Untuk apakah wang itu? Membeli televisyen? Membeli mesin jahit? Alam kami adalah yang paling sakti dan paling ajaib. Han…

Pakaian sebenar Raja-raja Bunian

SubhanAllah, beginilah pakaian Raja-raja Bunian yang sebenar. Ini adalah Putera Aria, suami kepada Puteri Sari, nenda Puteri Nur. Seperti yang pernah saya jelaskan, nama-nama mereka yang sebenar perlu saya rahsiakan demi keselamatan Puteri Nur. Putera Aria merupakan Raja Bunian yang menguruskan jemaah Bunian ke Mekah. Dia juga bertempur dengan iblis dan jin kafir yang ingkar dan ingin menyesatkan manusia.

Para Bunian tidak berpakaian putih semata-mata. Mereka hanya memakai pakain putih ketika solat. Bunian berpakaian putih, baju kurung, jubah butih itu adalah lakonan jin-jin yang hendak menyesatkan manusia. Di sini juga digambarkan mahkota Bunian yang tumbuh dari kepala ibarat tanduk rusa.

Firman Allah dalam surah As-Sajadah, ayat 4-6, "Allah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara kedua-duanya dalam enam masa, kemudian Dia (Allah) bersemayam (menetapkan pentadbiran-Nya) di atas 'Arash. Tidak ada bagi kamu selain Dia (Allah) seorang penolong pun dan tidak…

Update Facebook terakhir... Kebenaran mengenai satu-satunya Manusia kacukan Bunian, HYBRID.

Dengan nama Allah Al-Khaaliq, Al-Hakiim, Al-'Aliim... Akaun facebook ini di buat atas pemintaan Puteri Nur dan nenda-nendanya BUNIAN yang dapat bersuara melaluinya... Dengan perintah Allah Para Bunian hanya akan dibenarkan bersuara apabila lahirnya satu-satunya manusia kacukan Bunian... Telah ribuan tahun perkahwinan antara manusia dan Para Bunian berlaku tetapi semuanya manusia biasa atau bunian terus... Hari demi hari saya melihat kesakitan yang dilalui oleh Puteri Nur... Perubahan drastik telah berlaku dari manusia ke bunian... Nendanya Puteri Sari apabila muncul akan menangis, bukan mudah menjadi HYBRID... Cahaya matahari amat menyakitkan hingga ke tulang-tulang. Deria hijab terbuka penuh... Hijab dibuka disini bermaksud segala suara-suara dalam otak dan fikiran manusia; haiwan, burung-burung juga bezikir, pokok-pokok berzikir juga dapat didengarnya, melihat masa lampau masa depan juga, makhluk-makhluk ciptaan Allah yg lain sering muncul - ada jin-jin, ada roh-roh yang datang …

Pakaian Para Bunian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... SubhanAllah, berikut adalah salah satu pakaian sebenar Para Raja Bunian. Mereka bukanlah hanya berserban dan berjubah putih semata-mata. Untuk berperang dengan iblis, mereka lengkap bersenjata dan berperisai. Yang digambarkan di sini adalah adinda ipar kepada nenda Puteri Nur, Puteri Sari. Allahuakbar.

Kebenaran mengenai Bunian II

Para Bunian adalah penyimpan rahsia Allah dan khazanah Dunia dan tujuan Allah mengizinkan perkahwinan antara Bunian dan manusia adalah untuk mendapat manusia kacukan Bunian - satu-satunya, hanya SATU... Bunian hanya diizinkan Allah utk bersuara melalui manusia kacukan Bunian dan hanya inilah masanya! Bukan mudah untuk Puteri Nur kerana dia tidak boleh lagi kena cahaya matahari, boleh berdarah, mendengar pohon-pohon berzikir, mendengar air sungai dan laut berzikir, melihat kedatangan Raja-raja Bunian yg bersayap dan lengkap bersenjata memerangi Iblis setiap hari, tidak boleh menonton tv kerana dengan hanya melihat gambar segala apa makhluk yang mendampingi manusia itu boleh muncul di hadapannya, apa yang bermain di dalam otak dan fikiran manusia dapat didengarnya... Dia hanya boleh duduk d rumah beribadah dan merawat. Sifat Bunian tegas, tidak ketawa. Puteri Nur ingin sahaja menjadi manusia sepenuhnya tetapi sudah takdirnya begitu.

Manusia pula ramai yang ingin sangat menjadi Bunian …

Kebenaran mengenai Bunian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Wallahi,wabillahi, dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Tiada Tuhan melainkan ALLAH, dan MUHAMMAD adalah UtusanNya. Sesungguhnya, sebelum ALLAH menciptakan Adam ‘alaihissalam, para Malaikat mempersoalkan keputusan itu. Peristiwa ini dicatatkan dalam ayat 30 surah Al-Baqarah,

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Lalu diciptakanlah Nabi Adam daripada tanah yang telah diambil oleh para Malaikat daripada seluruh pelosok Bumi. Setelah Nabi Adam diciptakan, ALLAH subhanahu wata’ala telah mengarah…