Skip to main content

Kebenaran mengenai Bunian



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Wallahi,wabillahi, dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Tiada Tuhan melainkan ALLAH, dan MUHAMMAD adalah UtusanNya. Sesungguhnya, sebelum ALLAH menciptakan Adam ‘alaihissalam, para Malaikat mempersoalkan keputusan itu. Peristiwa ini dicatatkan dalam ayat 30 surah Al-Baqarah,

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Lalu diciptakanlah Nabi Adam daripada tanah yang telah diambil oleh para Malaikat daripada seluruh pelosok Bumi. Setelah Nabi Adam diciptakan, ALLAH subhanahu wata’ala telah mengarahkan semua makhluk untuk sujud kepada Nabi Adam. Kesemua makhluk akur akan perintah ALLAH subhanahuwata’ala, KECUALI IBLIS. Disebut di dalam surah Al-Baqarah ayat 34,

“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.”

Iblis atau nama asalnya AZAZIL, telah dicipta daripada nyalaan api dan merupakan makhluk yang amat cantik. Iblis dengan bongkaknya telah berkata, “Mengapa harus aku sujud kepada Adam yang dijadikan daripada tanah, walhal aku telah dijadikan daripada nyalaan api yang cantik?” Oleh kerana keengganannya menurut perintah ALLAH subhanahu wata’ala, Iblis telah ALLAH tukarkan menjadi makhluk yang amat hodoh. Iblis menjadi makhluk pertama daripada kaumnya. Dia amat berdendam kepada Nabi Adam dan telah bersumpah akan menyesatkan keturunan Adam dan Hawa dan memastikan mereka terjerumus ke Neraka. Sumpah iblis telah dinyatakan dalam surah Al-Israa’, ayat 62,

“Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaka hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)”. 

Permohonan Iblis dinyatakan sekali lagi dalam ayat 14 surah Al-A’raf,

“Iblis menjawab,“Beri tangguhlah aku sampai waktu mereka dibangkitkan”.

ALLAH Maha Pengasih, telah memperkenankan permintaan Iblis, tetapi ALLAH juga Maha Bijaksana. Dia tidak membiarkan Nabi Adam bersendirian di bumi untuk disesatkan oleh Iblis. Oleh itu, ALLAH telah menciptakan para Bunian dalam bentuk manusia, tetapi daripada cahaya – sama seperti Malaikat – dan bukannya daripada tanah. Walaupun begitu, kewujudan para Malaikat daripada cahaya tidak dinyatakan di dalam Al-Quran, sebaliknya daripada satu hadith yang diriwayatkan oleh saidatina Aisyah radhiALLAHu’anha, yang mana Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda,

"Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari api dan Adam diciptakan sebagaimana telah dijelaskan kepada kalian (dari tanah)".  

Para Bunian telah ditugaskan untuk melindungi dan membimbing manusia dan membinasakan iblis serta kaumnya.  Iblis telah berkata, seperti yang telahdinyatakan dalam surah Al-A’raf ayat 12,"Aku lebih baik dari dari dia (Adam), aku diciptakan dari api sementara dia diciptakan dari tanah" dan sekali lagi dalam surah Al-Israa’, ayat61, “Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?”

Setelah berjaya menyebabkan Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga, Iblis yang telah bersumpah akan menyesatkan manusia telah menghasut pula anak Nabi Adam iaitu Qabil. Apabila Adam dan Hawa mempunyai dua pasang cahaya mata kembar, ALLAH subhanahu wata’ala telah memerintahkan Nabi Adam supaya mengahwinkan antara keduanya, iaitu Habil dijodohkan dengan adik Qabil, Iqlima, manakala Qabil pula dengan adik Habil, Labuda. Iblis telah memainkan peranannya dan Qabil tidak bersetuju kerana dia berpendapat bahawa adiknya Iqlima lebih cantik dari Labuda dan ingin memperisterikannya. SubhanAllah, Qabil telah membunuh saudaranya Habil akibat dari hasutan Iblis. Lalu terjadilah pembunuhan pertama di dalam sejarah Manusia. Peristiwa ini telah dinyatakan di dalam Al-Qur’an di dalam surah Al-Ma’edah, ayat 30,

“Maka hawa nafsu Kabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnya, maka jadilah iaseorang di antara orang-orang yang rugi.”

Kejadian ini telah melenyapkan 1/6 daripada populasi manusia ketika itu! MasyaALLAH, bagaimanakah manusia akan terus hidup dan berkembang? ALLAH subhanahuwata’ala telah mengutuskan para Bunian dan jin Islam untuk membantu melindungi Adam ‘alaihissalam dan keluarganya daripada tipu daya dan penyesatan iblis. Para Bunian dan jin Islam telah membantu mengajarkan Adam bagaimana untuk bercucuk tanam dan membina rumah, kerana Adam tidak mengetahui perkara-perkara ini ketika beliau dikeluarkan daripada Syurga. ALLAH Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui telah menciptakan para Bunian dan sejak itu, para Bunian telah mengawasi dan memerhatikan anak Adam, membimbing, membantu dan melindungi mereka daripada iblis dan jin Kafir. Allahuakbar.

Iblis dijadikan daripada api yang panas dan marak, dan amat cepat membiak. ALLAH Maha Mengetahui, diarahkanNya para Malaikat untuk memanah iblis daripada langit ketika petir dan para Bunian pula menewaskan iblis daripada bumi, mendampingi manusia dan membimbing mereka ke arah yang benar. Seperti yang telah dinyatakan di atas, para Bunian dijadikan ALLAH daripada cahaya, sama seperti para Malaikat. Bezanya, para Bunian yang dijadikan dalam bentuk manusia dan makan, minum dan tidur, tidak seperti para Malaikat. Para Bunian tidak disebutkan secara literal di dalam Al-Quran kerana mereka menjadi Rahsia ALLAH, dan turut menyimpan  Rahsia-rahsia ALLAH. Para Bunian tidak memakan daging, kerana memakan daging itu satu pembunuhan kepada mereka. Mereka memakan buah-buahan dan daun-daunan. Bau bunga-bunga memberikan tenaga kepada para Bunian. Manusia sering memanggil para Bunian dengan gelaran “Puteri” dan “Putera”, padahal bukan semua para Bunian adalah berketurunan Raja. Masyarakat Bunian juga mempunyai struktur sosial seperti manusia, yang mempunyai golongan Raja/pemerintah dan rakyat biasa. Para Bunian berpakaian putih, dan Raja-raja Bunian mempunyai mahkota dan bersayap. Seperti yang dinyatakan dalam ayat pertama surah Al-Faatir,

“Segala puji bagi ALLAH yang menciptakan langit dan bumi. Yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan yang bersayap; dua, tiga dan empat. Dia menambah pada ciptaanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya ALLAHMaha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

Para Bunian adalah Islam, dan mereka terdapat di seluruh pelosok dunia, terutamanya di kawasan-kawasan yang mempunyai umat Islam. Terdapat perawat yang didampingi Bunian biasa yang tidak bersayap atau bermahkota. Para Bunian boleh melintas dari satu Alam ke Alam yang lain, tetapi mereka tidak dapat dilihat oleh manusia. Manusia yang dibuka hijabnya mungkin akan dapat melihat Bunian dengan kehendak ALLAH subhanahuwata’ala dan izin para Bunian itu sendiri. Para Bunian mendampingi mereka yang teraniaya dan yang berhati mulia. Ini disokong oleh ayat Al-Qur’an yang bermaksud

“Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi.” (Al-Qasas, ayat 5).

SubhanAllah, dengan kehendak ALLAH para Bunian telah diutuskan untuk membantu kita.

ALLAH subhanahuwata’ala telah mencipta pelbagai Alam, dan setiap Alam mempunyai penghuninya yang sesuai dengan habitat mereka masing-masing. Telah dinyatakan dalam surah Hud ayat 7,

“Dan Dialah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa…”,

dalam surah An-Naba’ ayat 12, “Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?” d

an dalam surah Ash-Shura ayat 29, "Diantara (ayat-ayat) tanda-tandaNya ialah menciptakan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata Yang Dia sebarkan pada keduanya. Dan Dia Maha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila dikehendaki-Nya.”

Manusia menggelarkan Alam Bunian sebagai Kayangan. Ianya terletak di antara Langit dan Bumi, dan dikenali sebagai Alam Zara. Alam Zara tiada cahaya matahari dan mempunyai kelembapan yang tinggi. Namun begitu, ianya disinari cahaya Bunian itu sendiri. Para Bunian bergerak dengan hujan, dan pelangi yang dilihat selepas hujan sebenarnya adalah kilauan sayap-sayap para Raja-raja Bunian yang berterbangan. Para Bunian juga sering kelihatan sebagai bintang-bintang di langit malam. Selain daripada Alam Nyata (Alam Manusia) dan Alam Zara, terdapat beberapa lagi Alam lain yang didiami oleh makhluk-makhluk yang dijadikan untuknya. Terdapat Alam Jin dan Alam Roh,dan jika dirujuk kepada ayat 12 surah An-Naba’, terdapat 7 petala langit dan 7 petala bumi yang mempunyai Alam-alam yang berbeza. Makhluk daripada satu Alam tidak akan dapat hidup di Alam yang lain kerana perbezaan keadaan atmosfera,cuaca, suhu dan faktor-faktor persekitaran yang lain. Tujuan penciptaan makhluk telah dinyatakan ALLAH subhanahu wata’ala dalam firmanNya dalam surah Ad-Dhariyat,  ayat 56,

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” N

aman begitu, masih ada di kalangan manusia yang ingin memasuki Alam Bunian dan Alam Jin, dengan alasan (diantaranya) untuk mensyukuri nikmat ciptaan ALLAH, padahal Alam Nyata ini masih belum habis diterokai. Begitulah sifat dan sikap manusia,yang menyebabkan para Malaikat mempersoalkan penciptaannya.

Berdasarkan dalil naqli dari ayat surah Ad-Dhariyat di atas juga, terdapat banyak percanggahan maklumat dan salah faham mengenai para Bunian. Di antara miskonsepsi ini termasuklah:

  1. Bunian adalah jin. Ramai yang menyangka bahawa para Bunian adalah daripada kaum Jin. Seperti yang telah dijelaskan di atas, para Bunian dijadikan daripada cahaya sama seperti Malaikat. Jin pula, sebaliknya, dijadikan daripada api. Namun begitu, terdapat banyak kes di mana jin (khususnya jin kafir) menyamar sebagai Bunian. Jin-jin ini memperdaya manusia untuk menyesatkan mereka, pada waktu yang sama menjauhkan manusia daripada didampingi Bunian yang sebenar.
  2. Bunian memberi harta kepada manusia. Kita sering mendengar bahawa ada manusia yang memperolehi batu permata, emas dan perhiasan seperti mahkota dan cincin daripada Bunian. Ini adalah tidak benar sama sekali. Walaupun Bunian merupakan makhluk ALLAH yang paling kaya, tetapi mereka tidak pernah memberikan harta kepada manusia. Bunian membantu manusia dengan memudahkan dan membukakan jalan serta memberikan ilham untuk manusia memperoleh rezeki melalui kaedah-kaedah yang halal. Bunian tidak akan memberikan harta secara fizikal kepada manusia. Manusia yang menerima wang dan harta daripada alah ghaib sebenarnya telah diperdayakan oleh jin dan iblis.
  3. Mahkota Bunian. Terdapat kes di mana manusia mendakwa mereka menerima mahkota Bunian. Perkara ini tidak mungkin berlaku kerana tidak seperti mahkota manusia, mahkota Bunian tidak boleh ditanggalkan. Ianya tumbuh dari kepala bagaikan tanduk rusa. Seperti di atas, mahkota yang diperolehi hanyalah helah jin kafir yang ingin memperdayakan manusia. Harta-harta ini biasanya diperolehi daripada bomoh. Jika difikirkan secara logik, kenapa bomoh itu perlu memberikan harta kepada orang lain? Kenapa dia tidak mengambil harta itu untuk dirinya sendiri? Bunian merupakan mahkluk ALLAH yang warak dan alim, mereka hanya menumpukan masa beribadat kepada ALLAH – solat, zikir – dan bertempur dengan iblis dan jin kafir. Jin kafir akan mengambil harta-harta serta wang dari tanah perkuburan dan tempat-tempat maksiat seperti kasino untuk diberikan kepada manusia.
  4. Bunian menculik anak manusia. Seperti yang telah dijelaskan di atas, ALLAH telah menjadikan pelbagai Alam dengan penghuninya yang unik kepada Alam tersebut. Kita sering terdengar kisah bayi yang hilang didalam kandungan. Terdapat beberapa penjelasan mengenai perkara ini. Secara perubatan, ada satu keadaan yang dikenali sebagai “Vanishing Twin Syndrome” (VTS) atau sindrom kembar yang lenyap. VTS menyebabkan salah satu janin kembar “hilang”. Janin yang telah meninggal di dalam kandungan juga boleh diserap semula oleh badan ibunya dan ini menyebabkan janin itu “hilang”. Ia mungkin juga kes pseudocyesis di mana wanita tersebut mengalami “phantom pregnancy” atau kehamilan palsu. Namun begitu, jika ianya tidak dapat dijelaskan secara perubatan, mungkin bayi tersebut telah diambil oleh para Bunian. Ini adalah kerana perkahwinan antara manusia dan Bunian pernah berlaku. Ianya ada yang menghasilkan zuriat sama ada Bunian sepenuhnya atau manusia sepenuhnya. Dalam kes ini, mungkin ada keturunan si ibu yang pernah berkahwin dengan Bunian, dan kandungannya merupakan Bunian sepenuhnya. Oleh kerana bayi itu Bunian, dia tidak akan kelihatan pada mata kasar dan tidak boleh hidup di Alam Nyata, sepertimana manusia tidak akan boleh hidup di Alam Bunian. Untuk menyelamatkannya, ia diambil oleh para Bunian untuk dipelihara dan dibesarkan di Alam Bunian.
  5. Bunian memunculkan diri kepada manusia. Para Bunian tidak pernah memunculkan diri kepada manusia. Mereka adalah rahsia ALLAH, dan menjadi larangan ALLAH untuk mereka memunculkan diri kepada manusia. Bunian hanya akan menggerakkan hati manusia untuk membantu mendorong mereka ke arah kebaikan.Bunian yang mendampingi perawat juga tidak memunculkan diri, hanya membantu secara rahsia. Dalam kes-kes tertentu, terdapat Bunian biasa yang berkahwin dengan manusia, dan ini memerlukan mereka memunculkan diri, namun hanya pada pasangan masing-masing. Kebanyakan manusia yang pernah melihat Bunian mungkin telah melihat jin yang menyamar sebagai Bunian. Mungkin juga mereka melihat Bunian sebenar dengan tidak sengaja, tetapi Bunian tidak boleh memunculkan diri kepada manusia.
  6. Gambaran para Bunian. Para Bunian sering digambarkan memakai pakaian putih, berjubah dan berbaju kurung. Mereka sering digambarkan sebagai makhluk yang lemah-lembut, menghabiskan masa di tepi sungai, mandi dan menyanyi. Gambaran ini adalah kurang tepat. Para Bunian adalah panglima perang dan pahlawan yang setiap hari bertempur dengan iblis dan jin kafir. Mereka sentiasa bersenjata dan dilengkapi pakaian perisai, kecuali ketika tidak bertempur. Para Bunian tidak berjenaka sebaliknya sentiasa serius di dalam menjalankan tugas mereka. Tidak dinafikan para Bunian merupakan makhluk yang ihsan dan belas kasihan tetapi mereka juga amat tegas, bijak dan berpandangan jauh. Mereka dikurniakan kuasa sakti oleh ALLAH subhanahu wata’ala untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pelindung, pembimbing dan penyimpan Rahsia-rahsia ALLAH.
Para Bunian telah mendampingi manusia sejak awal lagi. Mereka menjaga dan mendampingi manusia sejak zaman Nabi Adam. Mereka terlibat dalam peperangan menentang kekufuran dan ketidakadilan. Mereka ada ketika zaman Yunani purba, Perang Dunia Kedua sehingga kini. Para Bunian mula mendampingi manusia di Malaya ini sebelum Perang Dunia Kedua. Mereka telah mendampingi Teuku Nyak Puteh, ayahanda kepada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, untuk memberi amaran bahawa Jepun akan menyerang Malaya. Namun begitu, amaran mereka tidak diendahkan dan Jepun telah menakluki Malaya. Selepas itu, para Bunian mendampingi pula P.Ramlee. Kehidupannya ketika itu sukar. Dia hanya seorang tukang sapu yang membantu di balik tabir. Dengan bantuan para Bunian, P.Ramlee telah meraih populariti dan telah berlakon serta mengarahkan 66 buah filem serta terlibat di dalam lebih 360 buah lagu pada usia yang muda. Para Bunian telah memberi ilham kepada P.Ramlee untuk menerbitkan kisah-kisah yang memaparkan istana Bunian serta kehidupan para Bunian supaya dia dapat menceritakan kebenaran mengenai para Bunian. Namun begitu, P.Ramlee telah mangubah beberapa perkara mengikut citarasanya, khasnya cara berpakaian dan tarian para Bunian. Stereotaip inilah yang telah digunakan oleh penerbit-penerbit filem dan cereka yang seterusnya untuk menggambarkan para Bunian. Filem-filem seperti PanchaDelima dan Sumpah Orang Minyak diinspirasikan oleh para Bunian, dan begitu juga dengan kebanyakan lagu yang diciptanya, khususnya Istana Bunian. Malangnya,para Bunian telah menjauhkan diri daripada P.Ramlee setelah beliau melakukan sesuatu yang tidak disukai para Bunian.  P.Ramlee pernah memanggil semula para Bunian untuk mendampinginya, tetapi para Bunian tidak dapat berbuat demikian kerana perbuatan beliau. Oleh itu, karier seni P.Ramlee semakin menjunam dan akhirnya beliau meninggal dunia seawal usia 44 tahun pada tahun 1973. Setelah itu, ramai pembikin filem mengambil idea mengenai para Bunian dan menggarapkan imej yang berbeza bagi makhluk-makhluk suci ini. MasyaAllah.

Kini, hampir 40 tahun setelah Allahyarham Tan Sri P.Ramlee meninggalkan kita, para Bunian telah memunculkan diri mereka sekali lagi. Kali ini, para Bunian telah boleh berbicara secara terus melalui waris terakhir Putera Nara iaitu Puteri Nur, satu-satunya manusia kacukan Bunian. Melaluinya,para Bunian telah dapat menyampaikan kebenaran. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, banyak jin kafir yang telah menganiaya para Bunian, menyesatkan manusia dan menjauhkan mereka daripada para Bunian. Inilah peperangan yang tidak dilihat yang telah berlaku sejak awal penciptaan Manusia. SubhanAllah. Begitulah Kebesaran ALLAH. Telah menjadi tugasnya untuk mendedahkan kebenaran mengenai para Bunian. Makhluk ALLAH ini tidak menyakiti atau menganiaya. Sebaliknya,merekalah yang membantu mengajar Nabi Adam – bersama-sama kaum jin Islam –bercucuk tanam dan membina rumah. Para Bunian turut membantu Nabi Nuh membina bahteranya. Mereka turut membantu Nabi Ibrahim membina semula Kaabah. Apabila Nabi Musa dihanyutkan di Sungai Nil oleh bondanya untuk menyelamatkannya, para Bunian dan jin Islam telah mendorong Nabi Musa ke istana Firaun. Kisah ini telah disebut di dalam surah Al-Qasas, ayat 7,

“Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: "Susukanlah dia dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun),maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami.”

Bunian jugalah yang telah disebut di dalam kisah Nabi Sulaiman yang ingin mengalihkan takhta Puteri Balqis, seperti yang telahdisebut di dalam ayat 40 surah An-Naml,

“Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!”

Sesetengah terjemahan menyatakan “orang alim”. “Orang” yang dimaksudkan di sini adalah Bunian. Para Bunian turut hadir ketika pertempuran dan peperangan di zaman Nabi Muhammad salallahu’alaihiwassallam bersama-sana dengan para Malaikat dan kaum Jin Islam, khususnya ketika Perang Badar.

Para Bunian, Jin Islam dan para Malaikat – Tentera-tenteraALLAH – bertempur setiap hari menentang iblis dan jin kafir. Oleh itu, kaum jin kafir menggunakan pelbagai taktik untuk menyesatkan Manusia, termasuk menyamar sebagai Bunian! Ini merupakan peperangan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sebagai Muslim, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk menegakkan enam Rukun Iman dan lima Rukun Islam. Wallahi, wabillahi, begitulah kebenaran mengenai Bunian. Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Comments

  1. alhamdulillah... kat mana saya boleh jumpa puteri nur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, jika ada keperluan, boleh hubungi saya melalui email pg5bntr7@gmail.com. Wassalam.

      Delete
  2. cuba lihat ayat 11 ar rad - 13:11
    Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah.

    Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.

    Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
    (Ar-Ra'd 13:11)

    mustahillah ada hadis bertentangan daripada ayat ayat al quran

    ke lagu mana weh, maklumlah, tong kosong je ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara,
      Hadis apa yang saudara maksudkan?

      Jika dilihat kembali artikel di atas, Bunian adalah dari Malaikat. Kedua-duanya dijadikan Allah subhanahu wata'ala dari cahaya, yang bezanya Malaikat tidak berjantina, tidak makan, tidak minum dan tidak tidur. Bunian pula dijadikan di dalam bentuk manusia dan berjantina, makan, minum dan tidur supaya dapat mendampingi manusia untuk membantu manusia.

      Wassalam.

      Delete
    2. berhati-hati dengan Iblis yang masuk ke tubuh manusia dan berkata-kata,,,,,rakaman yang tuan buat telah saya dengar......tiada sepatah pun ...sebutan Muhammad Rasullullah atau Muhammad SAW yg disebutkan.....siapa dia Bunian yang boleh mengutuk manusia yang dijadikan dengan jasad dan roh...kecuali Iblis yang menyamar.....Iblis tidak tunduk kepada nabi Adam kerana iblis melihat tanah sahaja tetapi tidak melihat ROH di dalam Adam..kalaulah Iblis tahu asal kejadian Roh (bacslah buku Pusaka Tok Kenali, Mengenal diri) juga..........silalah baca blog Kanzun Mahaffian untuk membaca akan tipu daya Iblis.....wallahuallam

      Delete
    3. SubhanAllah... Saya Hj Muhammad. Sudahkah saudara melayari blog ini sepenuhnya? Adakah saudara mengerti apa yang saya cuba sampaikan disini? Daripada komen saudara, ternyata saudara hanya mendengar rakaman sambil lewa dan tidak pun membaca isi kandungan blog ini. Saya sering meminta para pembaca supaya membaca blog dengan teliti kerana ramai yang terlepas pandang. Iblis TIDAK BOLEH bersuara melalui manusia, hanya jin. Apakah saudara hidup di zaman Tok Kenali? Tok Kenali seorang pejuang Melayu yang juga seorang ulama di Kelantan. Di sini, nenda-nenda Puteri Nur sendiri adalah alim ulama dan ustaz. Saya sendiri berketurunan Sheikh, tapi apa yang ada pada keturunan? Saudara menyuruh saya membaca buku untuk kenal diri? Tidakkah saudara tahu belajar melalui membaca sahaja tanpa berguru itu sebenarnya berguru dengan siapa? Maaf, saya tidak suka mendabik dada tapi saya sudah berguru untuk mengenal diri dengan guru yang bertauliah di dalam ilmu tasawuf dan usuluddin. Saya juga memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Sains. Saya juga telah menunaikan fardhu haji di Mekah. Untuk makluman saudara (tapi kalau saudara sudah membaca blog dengan teliti, tentu saudara tahu) Puteri Nur dan Puteri Sari telahpun bermuzakarah dengan ulama-ulama kanan di Darussyifa'. Bagaimana mereka boleh menghormati malah menghargai kunjungan Puteri Nur dan Puteri Sari, Raja segala Raja-raja Bunian ke Darussyifa'? Hanya manusia yang benar-benar beriman, berhati mulia, bersih dan ikhlas dapat membezakan di antara iblis, jin dan makhluk-makhluk Allah yang lain. Dari pengalaman saya bersama Puteri Nur merawat, pesakit-pesakit yang diganggu jin dan iblis akan takut, menangis, pitam, rebah atau bertindak agresif bila dirawat. Jadi, kenapa saudara perlu terasa dengan apa yang saya sampaikan di sini? Kenapa pula saudara yang terganggu? Adakah saudara diganggu? Puteri Nur nasihatkan saudara baca surah-surah Manzil dan kenal diri betul-betul... Tak perlulah baca buku yang ditulis oleh orang yang saudara tidak kenal dan tidak pernah jumpa. Nak kenal diri, bacalah Al-Quran selalu, berzikir, bertasbih dan lakukan solat-solat sunat seperti solat istikharah, solat tahajjud. Amalkan puasa-puasa sunat, hafalkan Al-Quran dan hadith, amalkan Al-Manzil, surah Al-Mulk, surah Al-Kahfi, surah At-Taubah, surah Al-A'ala dan surah Al-Insyirah. Itulah cara untuk kenal diri, bukan baca buku TOK KENALI YANG TIDAK DIKENALI.

      Delete
  3. Tiada lah gunanya berdebat dengan orang yang sombong dan takbur dengan ilmunya...t,kasih....awaslah tiu daya iblis dan syaitan....sekadar peringatan...tetapi kerana tuan mengaku dengan ilmu tuan dan amalan tuan..maka tuan tidak akan terpedaya....baguslah....tak perlulah saya hebohkan siapa guru saya.....ilmu itu hak Allah.........saya cuma nak menguji.....memang seperti jawapan tuanlah yang selalu saya terima....kerana bergantung degan ilmu.....kerana ada sijil.....kerana mengamalkan ayat yang macam2...saya cuma mengingatkan ..awas dengan tipu daya syaitan....pada saya orang yang "menurun" dalam perobatan .....amat rendah darjatnya...kerana...Roh manusia lebih mulia dari "api" atau "cahaya" jadi janganlah dibiarkan ia dimasuki oleh makhluk lain.....jangan lah sombong dan bongkak seperti iblis yang tidak mahu tunduk dengan kepada Adam....sombong sungguh tuan kerana merasa tuan sangat berilmu.......dan terpilih...kononnya .......Wallahuallam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... Saudara berkata, "Saya cuma hendak menguji"... Di sini, apakah hak saudara untuk menguji sesiapa pun? Atau apakah saudara yang sebenarnya diuji? Jika ilmu saudara sehebat yang saudara katakan, saudara tidak akan menguji sesiapa... Tiada yang berhak menguji melainkan Allah subhanahu wata'ala.
      Pernyataan saudara, "memang seperti jawapan tuanlah yang selalu saya terima"... Ini menunjukkan yang saudara sememangnya suka menguji cuba menjatuhkan orang lain. Di sini, siapakah yang sebenarnya sombong dan takbur dengan ilmunya?
      Saudara turut menyatakan "tak perlulah saya hebohkan siapa guru saya"... Maaf, saya tak tanya pun siapa guru saudara. Pernyataan ini merupakan satu provokasi supaya saya (atau pembaca lain) bertanya akan guru saudara.
      Tambahan lagi, "pada saya orang yang "menurun" dalam perobatan.....amat rendah darjatnya..." Apakah saudara tahu apa itu "menurun"? Apakah itu "merasuk"? Dan apa pula berbicara melalui jasad waris? Apakah saudara tahu siapa Puteri Sari? Siapa Puteri Nur? Sebaiknya saudara bergurulah di Darussyifa' untuk mengetahui perbezaannya. Jangan berguru dengan guru yang mempunyai pendamping. Dan apakah hak saudara untuk merendah-rendahkah darjat manusia lain? Siapa saudara untuk menilai pahala dan dosa orang lain?? Allah berfirman:"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" (Hujuraat 49:11)
      Dan lagi, "sombong sungguh tuan kerana merasa tuan sangat berilmu.......dan terpilih...". Di sini, tidak sekelumit pun saya rasa sombong kerana saya hanya sekadar menyampaikan kebenaran. Tetapi mungkin iblis di sisi saudara yang marah kerana saya menyampaikan ilmu Allah untuk dikongsi bersama ummah. Saudara menyuruh saya mengenal diri dengan membaca buku Tok Kenali, dan saya menyarankan saudara untuk mengenali diri dengan mendekatkan diri kepada Allah. Bertasbih memuji Allah setiap hari. Jadi siapa yang sombong dan takbur di sini? Dan bila pulak saya kata saya ini terpilih? Puteri Nur kakak saya.

      Delete
  4. Allah terlupa pulak nak cakap......saya bukan tak percaya dengan Bunian...kerana...nenek moyang saya pun ada bercerita....guru-guru saya pun ada bercerita dan saya berguru dan belajar bukan nak dapat Ijazah atau Sijil.....semata2 kerana Allah semata-mata untuk menjadi Hamba yang kenal Allah dan makhluk2 lain sama ada yang nampak atau pun ghaib.....tetapi....kalau TUAN MENGAKU HANYA TUAN YANG TAHU DAN LAYAK.....MAKA....HATI2LAH DENGAN TIPU DAYA IBLIS, SYAITAN DAN JIN.....Wallahuallam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara AjibLubis... Puteri Nur telah melihat saudara... Sekalipun tiada gambar, tiada nama penuh, dia tetap boleh melihat saudara dengan membaca penulisan saudara. Bukankah saudara berkata saudara tahu apa itu Bunian? Puteri Nur berkata saudara berketurunan Jawa, mewarisi jin saka bidan. Keturunan saudara ada yang menjadi bidan, ada yang menjadi perawat, mengurut. Keturunan saudara ketika berhijrah ke Malaya memulakan hidup dengan bersawah dan berkebun getah. Keturunan saudara yang mempunyai saka, maka itu apabila mendengar suara Bunian, saudara melenting. Sebaiknya saudara bacalah Manzil selepas solat Maghrib, baca Yaasin mubin... Dalam surah Yaasin ada 7 ayat yang berakhir dengan "mubin". Berdoalah kepada Allah agar saudara dijauhi dari iblis dan jin saka ketika sampai di "mubin" itu. Puteri Nur berkata lagi, hidup saudara tidak tentu arah sekarang. Tidak mempunyai pendapatan tetap yang mencukupi. Saudara bergaul dengan manusia yang salah. Saudara tidak mempunyi ilmu maka manusia lain mengambil kesempatan mempengaruhi saudara ke arah yang bukan-bukan kerana saudara seorang yang baik hati dan lurus sebenarnya. Tetapi kerana gangguan saka, saudara tidak tenteram. Tidak boleh bekerja tetap dengan tenang. Sentiasa serabut. Di sini, Puteri Nur kasihan melihat saudara kerana dia tahu saudara sedang melalui kesusahan hidup dan tiada hala tuju. Puteri Nur meminta saya supaya tidak perlu membalas apa-apa komen dari saudara. Dia hanya meminta supaya saudara membaca surah Al-Kahfi semoga Allah memberi jalan dan membuka rezeki untuk saudara dan keluarga. Amalkanlah surah At-Taubah ayat 128-129 (Laqad jaa akum). Moga Allah memurahkan rezeki saudara dan keluarga. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamu'alaikum warahmatullah.

      Delete
  5. Puteri salah scan...saya berkelulusan LLB (hons) Uitm, dan bukan keturunan Jawa....saya bekerja dan mempunyai pendapatan tetap. Hidup bahagia dengan dan mengasihi Nabi Muhammad SAW.........sekian.....terima kasih kerana menunjukkan ...penipuan Puteri Nur

    ReplyDelete
  6. Salam... Siapa yg sedang menipu sebenarnya? Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui... Moga Allah mempertunjukkan kepada saudara jalan yang benar... kenali la diri dengan mendalami ilmu agama... di masjid ada Ustaz-ustaz yang mengajar fardhu Ain dan sebagainya... Jangan berguru dengan kitab atau manusia yang mahu mereka di anggap hebat... gambar mereka di gantung di agung-agungkan... Puteri Sari yang berusia 2500 tahun dan Suami adalah bunian dan saudara tidak melihat mereka tapi mereka melihat saudara...

    Apapun kalau tak suka kenapa nak baca... ini blog saya... saudara baru saja mengaku sebelum ini saudara tiada sijil... tiada apa2... Kat sebelah saudara bukan saudara seorang yang sedang menaip dan membalas... Hairan saya kenapa manusia begitu bodoh suka nak berdebat di hujung jari dan nak mempertunjukkan pada dunia intenet dia dia tak boleh kalah... satu kebodohan juga jika saya membalas message bodoh yg tak membawa apa-apa kebaikan... Puteri Nur sibuk menguruskan anak anak setiap hari dan merawat dan membantu manusia setiap hari... dia terus berbuat amal seikhlasnya baginya apa saudara nak kata tak memberi kesan apa2 pada Puteri Nur... Ini katanya...

    LLB? It seems funny to me that someone with a law degree would say things like this. Maaf, saudara bukannya lawyer, tetapi sekadar lawyer buruk... Tak payahlah nak suruh orang lain taip dan bagi idea untuk debat hujah yang tak kemana. No lawyer with any integrity would take such a course of action. Saudara nak menipu siapa di sini? I know that there's more than one person involved here. Puteri Nur is never wrong, bukan takbur tapi dah beratus-beratus pesakit yang dirawat, semuanya tepat. They were mainly people who have been to other healers but only after being treated by her did they know the truth about their illness/problems. AlhamduLillah, kuasa Allah mengatasi segalanya. Her patients know this to be true. Sudahlah... Stop being a Don Quixote trying to joust with the windmill, my friend... Wassalam...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kebenaran tentang Puteri Nur

Assalamualaikum, dengan izin Allah kita bersua lagi. Saya pelik kerana sering dimarahi dengan teruk oleh Puteri Ratna kalau saya tak jaga Puteri Nur betul-betul. Puteri Ratna tak izinkan Puteri Nur bersendirian kerana katanya terlalu banyak jin kafir dan iblis ingin memusnahkan Puteri Nur. Pada mulanya saya tak faham, kenapa sampai dia kata kalau sekali lagi saya tak jaga Puteri Nur betul-betul, dia akan bawa Puteri Nur pulang ke Alamzara. Sehingga pada satu hari, Puteri Ratna memerintahkan supaya Puteri Nur dibawa ke sebuah kawasan air terjun. Di sana, Puteri Ratna telah membuka rahsia sebenar siapa Puteri Nur.

Puteri Nur rupanya waris terakhir Putera Sarayana, kekanda kepada Puteri Ratna. Dia sebenarnya kacukan Manusia dan Bunian! Jasad Puteri Nur adalah manusia, tetapi dia diselaputi cahaya berwarna putih iaitu cahaya Bunian. Mereka yang telah dibuka hijabnya boleh melihat cahaya ni. Begitu juga dengan ulama yang pernah merawat Puteri Nur. Mereka tahu siapa dia sebenarnya. Kejadia…

Perihal Bunian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. AlhamduLillah, dengan Kehendak Allah Subahanu Wata’ala, kita bersua lagi. Saya Haji Muhammad, digelar Panglima Bentara Tujuh, penjaga dan Bentara kepada Puteri Nur, warisan terakhir Bunian-Manusia. Di Alam Bunian atau Alamzara, Puteri Nur adalah waris terakhir Raja Segala Raja-raja Bunian yang juga merupakan satu-satunya Manusia kacukan Bunian. Saya telah diisytiharkan sebagai Perantara bagi Para Raja-raja Bunian melalui Puteri Nur. Tugas saya selaku pemerhati dan pencatat yang merakam segala yang berlaku kepada Puteri Nur dan apa yang disampaikan kepada saya oleh Para Bunian. Maklumat ini kemudiannya akan disampaikan kepada Manusia supaya dapat merungkaikan segala salahfaham dan tanggapan yang tidak benar mengenai Para Bunian.

Kita selalu mendengar dan membaca pelbagai kisah mengenai Alam Bunian dan Alam Jin. Ada yang mengatakan bahawa Bunian adalah hasil perkahwinan antara Manusia dan Jin. Ada juga yang mendakwa bahawa Bunian adalah Iblis d…