Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

Contoh-contoh Tangkal, Azimat dan Wafak

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Hari ini saya, Hj Muhammad @ Bentara Tujuh menulis kerana Puteri Nur agak sibuk dengan jadual beliau. Saya ingin menyampaikan sesuatu tentang tangkal atau azimat kerana terlalu banyak kes pesakit menjadi sakit bukan kerana saka atau sihir tetapi akibat tangkal atau azimat yang diberi oleh perawat atau bomoh yang mereka temui untuk berubat. Tangkal atau azimat merupakan sesuatu benda yang dipercayai memberikan tuah dan/atau perlindungan kepada pemiliknya. Tangkal terdapat dalam pelbagai jenis dan bentuk, iaitu permata, patung, syiling, lukisan, loket, cincin, selendang, lipatan kertas, tulang, senjata tajam, tumbuhan, haiwan, dan sebagainya ataupun kata ucapan yang disebut dalam keadaan tertentu. Secara amnya, tangkal boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: 1. Pertama, tangkal yang ditulis ayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya, dan juga daripada doa-doa. Ada juga yang bukan ayat-ayat al-Quran tetapi merupakan kumpulan hur…

Kategori Jin dan Penyakit Yang Di Bawa

Jin merupakan salah satu makhluk ciptaan Allah subhanahu wata’ala yang telah dicipta lebih terdahulu daripada Manusia. Ayat Al-Quran menyatakan bahawa jin dijadikan daripada nyalaan api. Disebut di dalam ayat 27, surah Al-Hijr, “…dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.” (Al-Hijr 15:27).  Riwayat al- Baihaqi daripada Tsa’labah al-Khasyani, sabda Rasulullah salallah alaihi wasallam, “Jin itu terdiri atas tiga jenis bentuk, satu jenis (sepertiga) yang mempunyai sayap, mereka terbang di udara. Satu jenis lagi (sepertiga lainnya) berupa ular dan anjing. Sedang satu jenis lagi (atau sepertiga lainnya lagi) adalah jin yang menempati (suatu tempat) dan berjalan (seperti manusia)”. Di dalam surah Al-Jin, ayat 6, “Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong d…

Kifarah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Sahabat-sahabat sekalian... Saya harus menjawab satu pertanyaan yang sering kali d ajukan tentang menyimpan atau membuang saka... D sini saya lebih menggunakan perkataan memutuskan perjanjian dan membebaskan kerana mereka ini semuanya d ambil, d seru, ada yang menjadi saka melalui sihir yang d hantar, dan melalui tangkal-tangkal juga.

Allah berfirman di dalam Surah Al-Jin, ayat 6: "Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."

Jin-jin ini tidak boleh d simpan... Mereka juga berkeluarga dan membiak - ratusan ribu dalam satu satu keluarga... Akibat memasuki badanlah akan mendatangkan berbagai jenis penyakit, seperti yang ditafsirkan daripada ayat 41, surah Shad, "Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayyub, ketika ia menyer…

Secebis ilmu dari Puteri Nur...

Assalamualaikum sahabat sahabat yang d hormati..

Apabila kita merasa diri d sihir sememangnya ia menjadi satu kesakitan dan kemarahan pada diri..siapa, kenapa dan berbagai persoalan negatif muncul dalam diri , hati dan jiwa..😞
D sini kita boleh ambil perkataan sihir itu dengan katakan pada diri Allah sedang menguji aku untuk memberi sesuatu..sesuatu yang lebih hebat yang lebih baik dari kehidupanku sekarang..tidak ada satu makhluk pun yang boleh menyakiti aku tanpa izinku selain Allah yang mengizinkan.

Saya titipkan beberapa surah yang boleh sahabat sahabat cuba baca,.mungkin agak sukar ya..tapi perlahan lahan kita amalkan insyaallah..Surah Al Manzil ialah surah amalan Rasullullah SAW semasa beliau merawat seorang Badwi yang dikatakan gila. Baginda membaca ayat ayat dari 14 surah terpilih dan AlhamduLillah, Badwi tersebut pulih dari gilanya. Bentara ada menyebut kisah ini di dalam postingnya yang lepas...
Baca pada 2 bekas air..satu buat untuk mandi dan satu utk minum..sebaiknya selepas …

Hari pertama persekolahan 2016...

Assalamualaikum sahabat sahabat semua..Alhamdulillah harini bermulala sesi persekolahan bagi anak anak kita..kitala pencorak masa depan mereka..juga bagi bekas bekas pesakit saya yang sudah mula dapat bekerja semula..syukur ke hadrat Ilahi : ) Ilmu yang d beri Allah..d pelajari..semakin dalam dan tinggi ilmu harusla kita semakin merasa kerdil,tunduk,tawaduk,syukur..janganla sedjkit pun terdetik perasaan banding membanding..apabila itu muncul d hati bersihkanla ia kerana itu la mulanya sifat bongkak takbur dan riyak yakni sifat sifat tercela.. Sama samala kita mengikut resmi padi..semakin berisi semakin tunduk... Insyaallah

Luahan hati Puteri Nur...

Salam Semua..d sini saya ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan bahawa ada sebabnya kenapa saya tidak boleh berbicara terus dengan pesakit atau sesapa..Saya seorang Perawat dan ramai pesakit yang tidak dapat melihat saya apabila saya keluar dari kereta mereka hanya melihat cahaya....ada juga yang sedang dalam kerasukan dan terus sujud sembah pada saya yang mana agak menyedihkan kerana kita semua sama saja d sisi Allah..ada juga yg terus memanggil saya Tuanku..kesakitan dgn cahaya dan juga mahkota saya yg mana saya pun tktau..segala kes rawatan pihak kami rakam demi keselamtan dan juga bukti.Saya merawat ke akar umbi..bukan tarik kuar sahaja..saya berurusan ke mana mereka harus pergi..matikan perjanjian seluruh keturunan..matikan perjanjian sihir..mematikan sihir saya akn reverse prosesnya bagaimana sihir ratusan tahun itu d hntr..Dalam proses itu saya tidak boleh behubung dgn pesakit kerana Jin Jin ni ada yg menyerang semula..bukan serang saya tetapi serang emosi pesakit..tiba ti…

Puteri Nur sudah mula menulis di Facebook

Salam semua sahabat sahabat..bermula hari ini..saya sendiri Puteri Nur akan mula berbicara d laman ini..syukur alhamduLillah..syukur amat ke hadrat Illahi kerana dapat menerima saya seadanya..bagi yang mengenali saya secara peribadi semoga kalian semua sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Subhanahu Wata'ala dan sentiasa d murahi rezeki sempena Pembuka tarikh 2016...Apabila Kita d beri kesakitan dan kelukaan..segalanya dari kehendak dan keizinan Allah Subhanahu Wata'ala jua..kesakitan dan kelukaan itulah kekuatan sebenarnya..
Kita gunakan kesakitan itu untuk jatuh atau..

BANGUN dari kelukaan

BANGUN untuk memperbaiki diri..

BANGUN kerana Allah sentiasa menanti kita untuk kembali tawaduk kepadaNya..
Pilihan di tangan kita.. Moga Tahun Baru ini memberi sinar baru pada sahabat sahabat..insyaAllah Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh smile emoticon