Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Pemulihan Tapak Tanah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya Puteri Nur. Terdapat banyaknya kes yang melibatkan tapak-tapak kediaman atau bangunan berpunca dari makhluk ghaib yang menduduki kawasan itu terlebih dahulu... Melalui kajian kajian kes-kes kami, kami mendapati mereka ini jika bukan dari tapak asal, mereka adalah Jin-Jin dari Saka Tuan Tanah yang terdahulu... ada yang berpindah dan Tuan Saka mengarahkan Jin-Jin ini menjaga tanah tersebut. Apabila zaman bertukar zaman, tahun berganti tahun, Jin-Jin ini masih taat menjaga tetapi mengakibatkan tuan tanah yang baru tidak mendapat ketenteraman di tapak tersebut. Dalam urusan ini kami menitik beratkan untuk rundingcara dengan kaum dan puak-puak Jin-Jin ini yang mendiami tapak asal itu untuk memberi laluan bagi umat manusia. Lapisan antara Alam Ghaib dan Alam Nyata semakin menipis... ini semua juga adalah petunjuk dari Allah Subhanahu Wata'ala juga. Setelah itu, saya akan berurusan dengan Jin-Jin Saka yang telah ditinggalkan untuk memutuskan…

Bentara Tujuh Official

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya Hj Muhammad, Bentara Tujuh. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SalAllah Alaihi Wasallam... Di kesempatan ini, ingin saya memohon maaf bagi pihak kami di atas kelewatan memberi maklumbalas kepada saudara saudari, tuan puan yang ingin berhubung dengan kami.
Untuk makluman, sejak dari bulan Ramadhan, team kami amat sibuk menangani kes-kes yang melibatkan gangguan paranormal dan juga sakit medical dan psychological. Ramai yang meminta bantuan, dan ramai juga yang kami masih belum berpeluang membantu. Harap sahabat-sahabat, saudara saudari, tuan puan dapat memahami keadaan kami. Kami berusaha untuk melayan setiap message yang masuk ke inbox dan setiap komen dari fb dan pages serta blog dan email.
Di sini juga saya ingin menjelaskan bahawa ada pihak-pihak yang menggunakan nama "Bentara Tujuh" untuk tujuan kepentingan masing-masing. Maaf saya katakan, penggunaan nama "Bentara Tujuh" itu bukanlah satu …

Bentara Tujuh Palsu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya Haji Muhammad. Kami banyak menerima aduan daripada pesakit mengenai ada pihak tertentu yang menyamar sebagai kami dan mengenakan bayaran yang bukan-bukan untuk mendapatkan rawatan. Di sini saya memohon supaya saudara saudari jangan meletakkan nombor telefon di wall kami untuk dihubungi. Segala urusan mengenai perawatan sila berhubung dengan saya secara peribadi melalui fb messenger atau email pg5bntr7@gmail.com. Saya juga ingin memaklumkan bahawa saya tidak memberikan nombor telefon saya kepada sesiapa kecuali setelah temujanji ditetapkan.Harap dapat berhubung dengan saya secara terus bagi mengelakkan penganiayaan daripada pihak-pihak yang yang tidak bertanggungjawab. Kepada yang menganiaya, hentikanlah usaha anda mengelirukan mereka yang sakit dan memerlukan bantuan. Berhentilah menganiaya kami, menganiaya para pesakit dan menganiaya diri anda sendiri.Di sini juga ingin saya nyatakan bahawa Pusat Terapi Ilhamiah tidak mempunyai cawanga…

Proses Rawatan Pusat Terapi Ilhamiah - Puteri Nur

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya Haji Muhammad bagi pihak Puteri Nur dan Team Pusat Terapi Ilhamiah, ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan Salam Ramadhan kepada para sahabat, rakan-rakan dan pembaca yang disayangi sekalian. Untuk makluman, jadual kami agak padat di dalam bulan Ramadan. Kami memohon maaf kerana kami hanya dapat mengambil 2 kes sehari iaitu selepas Zohor dan Asar. Kami berharap para pesakit sabar menanti.Di dalam bulan Ramadhan, kerasukan, pesakit yang disihir tetap berleluasa. Lebih menyedihkan, manusia yang berhati iblis tetap terus-menerus memfitnah, mencaci dan cuba menjatuhkan Puteri Nur untuk memenuhi agenda mereka sendiri… tidak menghormati bulan Ramadhan. Puteri Nur dan saya tidak pernah mengambil kisah atau melayan karenah mereka. Walau bagaimanapun kami sedang berbuat sesuatu dari segi undang-undang di atas tindakan mereka ini. Wanita yang telah membuat page fitnah tersebut adalah seorang yang amat taksub terhadap Puteri Nur. Siang mal…

Rundingcara Pemutusan Perjanjian Antara Jin dan Manusia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh… Ribuan kemaafan di atas kelewatan membalas emel dan juga pm dari saudara-saudari rakan-rakan yang dihormati sekalian kerana kesibukan urusan Perawatan yang sedang pihak kami tempuhi. Saya Puteri Nur… di dalam urusan rundingcara Pemutusan Perjanjian seringkali saya menitiskan airmata kerana saya melihat segala apa yang telah berlaku dan juga yang pernah dilakukan oleh Jin-Jin yang diambil oleh keturunan baik ribuan, ratusan atau puluhan tahun yang lalu. Seringkali kita di zaman ini di waktu ini menyalahkan Jin-Jin Saka diatas setiap musibah, atas setiap kecelakaan yang menimpa…atas setiap kesakitan dan penderitaan yang menimpa… tetapi terfikirkah oleh kita apakah hikmah atau musibah yang berlaku ini saja-saja berlaku atau ia berlaku kerana Allah ingin mempertunjukkan sesuatu? Seringkali Jin-Jin Saka ini dipersalahkan diatas setiap penderitaan… perceraian… permusuhan… kesakitan dan sebagainya… tetapi renungkan sejenak Jin-Jin Saka ini tidak datang…

Page Facebook yang memfitnah dan mengaibkan Puteri Nur

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya Hj Muhammad, Bentara Tujuh. Kami menerima banyak pertanyaan daripada rakan-rakan fb mengenai satu page yang kononnya ingin berdebat secara ilmiah dengan Puteri Nur tetapi pada hakikatnya hanya bertujuan untuk memfitnah dan mengaibkan Puteri Nur. Untuk makluman saudara saudari sahabat-sahabat dan rakan-rakan fb sekalian, page ini telah dibuat oleh seorang pesakit mental yang pernah meminta dirawat oleh Puteri Nur. Screenshot yang dipaparkan adalah sebahagian daripada perbualan saya mengenai seorang gadis yang sering menurun ketika merawat... beliau rakan kepada pembuat page tersebut. Puteri Nur menegur mereka ini dan pembuat page ini, pesakit mental yang tidak ada kehidupan lain, terus dengan penyakit gilanya. Pernah dia menyatakan hasrat untuk berhari raya di rumah saya padahal saya seorang duda, dan tinggal bersama ibu saya sahaja! Dia juga berkata keluarganya di Johor telah membuangnya dan sekarang dia menumpang di rumah orang serta beke…

Jodoh Pertemuan Ajal Maut...

Jodoh pertemuan ajal maut  segalanya aturan Allah Subhanahu Wataala..Saya Puteri Nur... terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih pada rakan-rakan baik saya, pesakit-pesakit saya yang saya sayangi, sahabat-sahabat perawat yang sama berjuang dalam membantu manusia yang menderita berbagai jenis penyakit baik dari segi mental dan jasmani, rakan-rakan FB yang saya hormati sekelian yang walau ada yang tidak mengenali saya tetapi mempertahankan saya dari di hina tanpa sebab. Terima kasih sekali lagi dari saya dan anak-anak saya yang sama membaca.Telah di takdirkan dan di atur oleh Allah Subhanahu Wata'ala yang jodoh Ninda saya yang berasal dari Indonesia dahulu di temukan dengan Raja Bunian dan berkahwin.Saya sendiri tidak mengetahui apakah itu Bunian... saya pernah melihat mereka... cahaya-cahaya yang amat terang... Berpakaian perang bertatahkan permata dan berlian berkilauan, dengan pedang-pedang dan senjata bertatah permata-permata yang bercahaya... tetapi saya tidak menge…

Kenal dirimu...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Saya Hj Muhammad, Bentara Tujuh. Sejak kebelakangan ini, ada suara-suara yang mempertikaikan dan tidak kurang juga cuba mengaibkan saya dan Puteri Nur secara peribadi. Saya telah menerima beberapa pm dan email, tidak kurang juga komen-komen yang kurang menyenangkan, bukan hanya mempertikaikan kesahihan kebenaran mengenai Bunian dan Manusia Kacukan Bunian, tetapi turut mencabar kami, bertanya itu dan ini, siap kata nak berdebat dengan Puteri Nur dan Puteri Ratna, siap minta rakam dan siarkan debat mereka di laman sosial. Ada juga yang mendedahkan nama kami kepada umum... Apa yang anda dapat daripada semua ini? Puteri Nur seorang ibu tunggal yang bergelut membesarkan dan menyara anak-anak beliau dengan merawat dan membantu mereka yang memerlukan, dan saya membantu beliau dengan apa cara yang saya mampu.
MasyaAllah... Anda kata anda ingin berhujah sebagai orang Islam, tetapi di manakah adab anda? Apa yang saya buat kepada anda? Pernahkah kita …

Sedikit Pencerahan Mengenai SCAN...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. AlhamduLillah, bertemu kita kembali di ruangan maya ini, dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala jua hendaknya. Saya Hj Muhammad. Maafkan saya jika tidak dapat menulis dengan lebih kerap kerana kekangan masa yang kami hadapi di dalam menjalankan tugas dan amanat merawat di samping tanggungjawab harian sebagai manusia dan hambaNya.

Di sini saya ingin menyentuh mengenai satu perkara, satu persoalan dan permintaan yang sering muncul di kotak inbox Bentara Tujuh. Ramai di luar sana yang bertanyakan mengenai scandiri. Saya rasa perlu saya nyatakan di sini bahawa proses scan ini bukanlah semudah yang disangka. Saya menerima banyak permintaan untuk Puteri Nur scan atau imbas diri mereka kerana mereka ingin mengetahui sama ada mereka mempunyai pendamping atau tidak, ada yang ingin mengetahui asal-usul keturunan mereka dan sebagainya.

Sebelum saya teruskan dengan posting saya di pagi yang hening ini, ingin saya nyatakan bahawa Puteri Nur merawat sec…

Mastika Mac 2017

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... AlhamduLillah, syukur ke hadrat Illahi, pertemuan antara Puteri Nur dan pihak editorial majalah nombor 1 Malaysia, Mastika bakal membuahkan hasil tidak lama lagi. Artikel yang mudah-mudahan akan membuka minda dan membetulkan persepsi masyarakat umum terhadap Bunian. 
Mudah-mudahan dengan terbitnya artikel ini, kebenaran mengenai Raja-raja Bunian akan mendapat lebih pendedahan. AlhamduLillah, setakat ini kebenaran ini telah disampaikan dan disebarkan melalui internet, media sosial serta siaran tv. Penglibatan Puteri Nur dengan rancangan realiti paranormal Seekers Underground yang disiarkan melalui tonton.my juga telah membantu di dalam menyebarkan kebenaran ini. Kini, kebenaran ini bakal disebarkan melalui media cetak.
Saya Hj Muhammad, Bentara Tujuh, ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat nyata, rakan-rakan maya dan para penyokong serta pembaca yang telah memberikan soko…

Captain of the Bahtera Perang - Bunian Warship

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh and may peace be upon you,
This is the first entry for the new year, I would like to update you on the appearance and weapons/armor of the Bunian. Quite a while back, I saw a Bunian King standing at the wheel of what looked like a large sailing ship. The peculiar thing was that the ship was transparent and travelled in the clouds. Recently, I had the privilege to see him again and drew his armor in better clarity. This is what he looks like...
As I have mentioned before, the Bunian are not the gentle, water-loving creatures often portrayed in Malay folklore. They are fierce warriors fighting daily battles against the infidel Jin and the Iblis. As such, they are mostly in armor and battle-ready, but there are occasions when they dress differently such as during solat and official functions.
Di kesempatan ini, sempena posting pertama di tahun baru ini, ingin saya berkongsi tentang pakaian dan senjata para Bunian. Beberapa tahun lalu, saya pernah m…