Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

Jodoh Pertemuan Ajal Maut...

Jodoh pertemuan ajal maut  segalanya aturan Allah Subhanahu Wataala..Saya Puteri Nur... terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih pada rakan-rakan baik saya, pesakit-pesakit saya yang saya sayangi, sahabat-sahabat perawat yang sama berjuang dalam membantu manusia yang menderita berbagai jenis penyakit baik dari segi mental dan jasmani, rakan-rakan FB yang saya hormati sekelian yang walau ada yang tidak mengenali saya tetapi mempertahankan saya dari di hina tanpa sebab. Terima kasih sekali lagi dari saya dan anak-anak saya yang sama membaca.Telah di takdirkan dan di atur oleh Allah Subhanahu Wata'ala yang jodoh Ninda saya yang berasal dari Indonesia dahulu di temukan dengan Raja Bunian dan berkahwin.Saya sendiri tidak mengetahui apakah itu Bunian... saya pernah melihat mereka... cahaya-cahaya yang amat terang... Berpakaian perang bertatahkan permata dan berlian berkilauan, dengan pedang-pedang dan senjata bertatah permata-permata yang bercahaya... tetapi saya tidak menge…

Kenal dirimu...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Saya Hj Muhammad, Bentara Tujuh. Sejak kebelakangan ini, ada suara-suara yang mempertikaikan dan tidak kurang juga cuba mengaibkan saya dan Puteri Nur secara peribadi. Saya telah menerima beberapa pm dan email, tidak kurang juga komen-komen yang kurang menyenangkan, bukan hanya mempertikaikan kesahihan kebenaran mengenai Bunian dan Manusia Kacukan Bunian, tetapi turut mencabar kami, bertanya itu dan ini, siap kata nak berdebat dengan Puteri Nur dan Puteri Ratna, siap minta rakam dan siarkan debat mereka di laman sosial. Ada juga yang mendedahkan nama kami kepada umum... Apa yang anda dapat daripada semua ini? Puteri Nur seorang ibu tunggal yang bergelut membesarkan dan menyara anak-anak beliau dengan merawat dan membantu mereka yang memerlukan, dan saya membantu beliau dengan apa cara yang saya mampu.
MasyaAllah... Anda kata anda ingin berhujah sebagai orang Islam, tetapi di manakah adab anda? Apa yang saya buat kepada anda? Pernahkah kita …

Sedikit Pencerahan Mengenai SCAN...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. AlhamduLillah, bertemu kita kembali di ruangan maya ini, dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala jua hendaknya. Saya Hj Muhammad. Maafkan saya jika tidak dapat menulis dengan lebih kerap kerana kekangan masa yang kami hadapi di dalam menjalankan tugas dan amanat merawat di samping tanggungjawab harian sebagai manusia dan hambaNya.

Di sini saya ingin menyentuh mengenai satu perkara, satu persoalan dan permintaan yang sering muncul di kotak inbox Bentara Tujuh. Ramai di luar sana yang bertanyakan mengenai scandiri. Saya rasa perlu saya nyatakan di sini bahawa proses scan ini bukanlah semudah yang disangka. Saya menerima banyak permintaan untuk Puteri Nur scan atau imbas diri mereka kerana mereka ingin mengetahui sama ada mereka mempunyai pendamping atau tidak, ada yang ingin mengetahui asal-usul keturunan mereka dan sebagainya.

Sebelum saya teruskan dengan posting saya di pagi yang hening ini, ingin saya nyatakan bahawa Puteri Nur merawat sec…