Skip to main content

Proses Rawatan Pusat Terapi Ilhamiah - Puteri Nur

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya Haji Muhammad bagi pihak Puteri Nur dan Team Pusat Terapi Ilhamiah, ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan Salam Ramadhan kepada para sahabat, rakan-rakan dan pembaca yang disayangi sekalian.

Untuk makluman, jadual kami agak padat di dalam bulan Ramadan. Kami memohon maaf kerana kami hanya dapat mengambil 2 kes sehari iaitu selepas Zohor dan Asar. Kami berharap para pesakit sabar menanti.

Di dalam bulan Ramadhan, kerasukan, pesakit yang disihir tetap berleluasa. Lebih menyedihkan, manusia yang berhati iblis tetap terus-menerus memfitnah, mencaci dan cuba menjatuhkan Puteri Nur untuk memenuhi agenda mereka sendiri… tidak menghormati bulan Ramadhan. Puteri Nur dan saya tidak pernah mengambil kisah atau melayan karenah mereka. Walau bagaimanapun kami sedang berbuat sesuatu dari segi undang-undang di atas tindakan mereka ini. Wanita yang telah membuat page fitnah tersebut adalah seorang yang amat taksub terhadap Puteri Nur. Siang malam asyik memikirkan tentang Puteri Nur. Kami tidak melayan karenah beliau kerana beliau sakit. Pihak Polis juga sedia maklum akan hal ini dan kami akan meminta pihak Polis untuk menyiasat dakwaan beliau bahawa beliau telah mengalami penderaan seksual oleh ahli keluarga di Johor. Kami mempunyai bukti dakwaan beliau, tetapi itu adalah urusan kami dan tidak perlu kami gembar-gemburkan di media massa. Itu adalah urusan kami dan Siti Hajar/Nur Khadijah/Husnul Khotimah/Mencari Keikhlasan.

Dari Abu Hurairah; bahawa Rasulullah saw bersabda, “Tahukah kalian siapa orang yang muflis?” Para sahabat pun menjawab, ”Orang yang muflis adalah orang yang tidak memiliki wang dirham maupun harta benda.”
Baginda membalas, ”Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa, dan zakat, tetapi ia juga datang membawa dosa berupa perbuatan mencela, menuduh, memakan harta, menumpahkan darah, dan memukul orang lain. Kelak kebaikan-kebaikannya akan diberikan kepada orang yang dizaliminya. Apabila amalan kebaikannya sudah habis diberikan, sementara belum selesai pembalasan atas tindakan kezalimannya, maka diambillah dosa-dosa orang yang dizaliminya itu, lalu diberikan kepadanya. Kemudian dia pun dicampakkan ke dalam neraka.”
[Hadis Riwayat Muslim no. 2581]

Puteri Nur mematikan sihir, mencari sehingga ke akar umbi dan memutuskan perjanjian-perjanjian yang melibatkan ratusan ahli keluarga merangkumi ratusan ribu Jin-Jin yang merebak-rebak di dalam setiap keturunan yang mana banyak membawa kepada penyakit medikal dan masalah mental/psikologi.

Proses rawatan bermula dengan pesakit mengisikan borang maklumat pesakit setelah berhubung dengan saya. Kami akan meneliti borang tersebut dan saya akan menetapkan tarikh serta tempat untuk sesi rawatan.

Apabila sebuah keluarga datang membawa anak-anak mereka yang ada gangguan dan sakit, Puteri Nur akan turut scan adik-beradik ibubapa itu juga… dengan sebab ini juga nama-nama datuk dan nenek mereka turut diminta. Beliau membaca nama dan melihat masa lampau, ratusan malah ribuan tahun dahulu… apa yang telah berlaku… perjanjian apa yang telah dimeterai… keadaan masa lalu yang memaksa nenek moyang mengambil pendamping…

Apabila rundingcara dilakukan, Puteri Nur akan mencari nama-nama ketua-ketua Jin-Jin tersebut... beliau membaca minda makhluk-makhluk tersebut, menangkap nama, usia… Puteri Nur turut mendengar pokok-pokok, awan-awan berzikir, bahasa gerakan angin... maka Puteri Nur akan menyuruh ketua ini membawa pergi apa yang ada pada pesakit dan juga saudara-mara yang lain. Terdapat juga kes di mana saudara-mara yang berada jauh ada yang pulih secara tiba-tiba meskipun mereka tidak dapat hadir dalam sesi itu.

Team kami juga merakam sesi tersebut dan mengambil nota sepanjang sesi dilaksanakan untuk tujuan rujukan bagi sesi yang seterusnya. Melalui rakaman ini juga kami dapat mengenalpasti perubahan terhadap pesakit dan apa yang mengganggu pesakit. Maklumat dari nota dan rakaman ini akan dimasukkan ke dalam laporan sesi rawatan pesakit yang kami simpan dan boleh diberikan kepada keluarga pesakit di atas permintaan.

Jin-Jin Sihir ini bepindah-randah. Jangan ambil mudah jika ada saudara-mara atau ahli keluarga yang terkena sihir… mereka akan merebak pada anak cucu, sepupu-sepupu, suami isteri, kerana perjanjian telah dibuat…

Selepas segalanya ditarik keluar, dimuntahkan, Puteri Nur akan memastikan setiap urat, setiap organ jasad bersih. Salur darah manusia sepanjang 110,000 km panjangnya, boleh mengelilingi bumi hampir 4 kali! Jin-Jin ini bergerak dalam darah dan apabila mereka berkumpul itu akan menyebabkan cyst atau tumor dan juga lebam-lebam pada jasad.

Setelah itu. Puteri Nur akan menguruskan perpindahan mereka melalui rundingcara, menyusunatur ke mana ratusan kumpulan mereka dan anak cucu cicit mereka pergi. Beliau juga akan memastikan semasa urusan perpindahan ini mereka berkumpul dan mengumpulkan kumpulan masing-masing dan mula mengosongkan rumah, tanah, tapak masing-masing. Setiap satu kes pihak kami tangani ke akar umbi demi memastikan kestabilan mental, emosi dan jasmani pesakit dan keluarga mereka.

Bagi kes-kes di mana keturunan mengambil Jin-Jin Keris puluhan mahupun ratusan tahun dahulu, pesakit biasanya akan mengalami kesakitan yang amat sangat pada belakang badan dan juga stroke. Kebiasaannya perawat akan meminta supaya keris ini dibuang, namun Jin-Jin Keris ini tetapnya tidak diuruskan dan akan memasuki jasad waris keturunan yang lain. Di dalam kes seperti ini, Puteri Nur akan menarik keluar JIn-Jin ini dan memasukkan mereka buat sementara waktu ke dalam sebilah keris baru. Keris ini akan di bawa ke satu lokasi yang dipilih oleh Puteri Nur, kebiasaannya di dalam kawasan hutan, untuk membebaskan Jin-Jin ini. Di mana keris itu dipasak, maka di kawasan itulah penempatan baru bagi Jin-Jin ini akan dibina oleh mereka selaku Jin-Jin yang bebas.

Puteri Nur tidak sewenang-wenangnya membunuh atau memusnahkan Jin kerana mereka juga makhluk Allah yang berkeluarga dan bermasyarakat. Kehadiran mereka dalam kehidupan kita ada kalanya adalah berpunca daripada kekhilafan pihak kita manusia yang mengundang mereka ke dalam kehidupan kita. Inilah yang Puteri Nur tempur setiap hari, mematikan sihir, memutuskan perjanjian-perjanjian Jin-Jin dan Iblis dengan Manusia…

#bentaratujuh #puterinur #pusatterapiilhamiah #puteri #rawatanislam #pemutusanperjanjianjin #pematiansihir #saka #sihir #tangkal #keris

Comments

Popular posts from this blog

Kebenaran mengenai Bunian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Wallahi,wabillahi, dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Tiada Tuhan melainkan ALLAH, dan MUHAMMAD adalah UtusanNya. Sesungguhnya, sebelum ALLAH menciptakan Adam ‘alaihissalam, para Malaikat mempersoalkan keputusan itu. Peristiwa ini dicatatkan dalam ayat 30 surah Al-Baqarah,

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Lalu diciptakanlah Nabi Adam daripada tanah yang telah diambil oleh para Malaikat daripada seluruh pelosok Bumi. Setelah Nabi Adam diciptakan, ALLAH subhanahu wata’ala telah mengarah…

Kebenaran tentang Puteri Nur

Assalamualaikum, dengan izin Allah kita bersua lagi. Saya pelik kerana sering dimarahi dengan teruk oleh Puteri Ratna kalau saya tak jaga Puteri Nur betul-betul. Puteri Ratna tak izinkan Puteri Nur bersendirian kerana katanya terlalu banyak jin kafir dan iblis ingin memusnahkan Puteri Nur. Pada mulanya saya tak faham, kenapa sampai dia kata kalau sekali lagi saya tak jaga Puteri Nur betul-betul, dia akan bawa Puteri Nur pulang ke Alamzara. Sehingga pada satu hari, Puteri Ratna memerintahkan supaya Puteri Nur dibawa ke sebuah kawasan air terjun. Di sana, Puteri Ratna telah membuka rahsia sebenar siapa Puteri Nur.

Puteri Nur rupanya waris terakhir Putera Sarayana, kekanda kepada Puteri Ratna. Dia sebenarnya kacukan Manusia dan Bunian! Jasad Puteri Nur adalah manusia, tetapi dia diselaputi cahaya berwarna putih iaitu cahaya Bunian. Mereka yang telah dibuka hijabnya boleh melihat cahaya ni. Begitu juga dengan ulama yang pernah merawat Puteri Nur. Mereka tahu siapa dia sebenarnya. Kejadia…

Perihal Bunian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. AlhamduLillah, dengan Kehendak Allah Subahanu Wata’ala, kita bersua lagi. Saya Haji Muhammad, digelar Panglima Bentara Tujuh, penjaga dan Bentara kepada Puteri Nur, warisan terakhir Bunian-Manusia. Di Alam Bunian atau Alamzara, Puteri Nur adalah waris terakhir Raja Segala Raja-raja Bunian yang juga merupakan satu-satunya Manusia kacukan Bunian. Saya telah diisytiharkan sebagai Perantara bagi Para Raja-raja Bunian melalui Puteri Nur. Tugas saya selaku pemerhati dan pencatat yang merakam segala yang berlaku kepada Puteri Nur dan apa yang disampaikan kepada saya oleh Para Bunian. Maklumat ini kemudiannya akan disampaikan kepada Manusia supaya dapat merungkaikan segala salahfaham dan tanggapan yang tidak benar mengenai Para Bunian.

Kita selalu mendengar dan membaca pelbagai kisah mengenai Alam Bunian dan Alam Jin. Ada yang mengatakan bahawa Bunian adalah hasil perkahwinan antara Manusia dan Jin. Ada juga yang mendakwa bahawa Bunian adalah Iblis d…