Skip to main content

Bentara Tujuh Official

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya Hj Muhammad, Bentara Tujuh. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SalAllah Alaihi Wasallam... Di kesempatan ini, ingin saya memohon maaf bagi pihak kami di atas kelewatan memberi maklumbalas kepada saudara saudari, tuan puan yang ingin berhubung dengan kami.

Untuk makluman, sejak dari bulan Ramadhan, team kami amat sibuk menangani kes-kes yang melibatkan gangguan paranormal dan juga sakit medical dan psychological. Ramai yang meminta bantuan, dan ramai juga yang kami masih belum berpeluang membantu. Harap sahabat-sahabat, saudara saudari, tuan puan dapat memahami keadaan kami. Kami berusaha untuk melayan setiap message yang masuk ke inbox dan setiap komen dari fb dan pages serta blog dan email.

Di sini juga saya ingin menjelaskan bahawa ada pihak-pihak yang menggunakan nama "Bentara Tujuh" untuk tujuan kepentingan masing-masing. Maaf saya katakan, penggunaan nama "Bentara Tujuh" itu bukanlah satu perkara yang boleh diremehkan kerana  Alam Ghaib tahu siapa Bentara Tujuh, dan hanya melalui Bentara Tujuh mereka dapat bertemu Puteri Nur untuk memutuskan perjanjian dan menyusunatur serta menguruskan penempatan baru mereka.

Ada banyak kes yang Jin-Jin ini sendiri digerakkan untuk mencari kami kerana mahu dibebaskan dari perjanjian dengan manusia. Penggunaan nama ini oleh pihak-pihak yang tidak berkenaan boleh mengelirukan pihak pesakit dan juga yang ghaib dan dengan secara langsung menganiaya mereka yang betul-betul memerlukan bantuan. Ada pesakit yang mendakwa telah cuba menghubungi saya dan diberitahu mengenai proses rawatan dan kos yang tidak benar. Ada juga pihak yang menyamar menjadi Puteri Nur padahal beliau tidak mempunyai akaun fb peribadi mahupun messenger. Sila pastikan bahawa anda betul-betul berhubung dengan saya melalui telefon kerana saya hanya akan memberikan nombor saya kepada pesakit yang sudah bersetuju untuk dirawat dan ditetapkan tarikh serta tempat rawatan dijalankan.

Dengan itu juga, pihak kami akan menggunakan nama "Bentara Tujuh Official" bagi mengelakkan kekeliruan ini. Saya juga berharap, pihak-pihak yang berkenaan dapat menghentikan penggunaan nama "Bentara Tujuh" demi kepentingan masing-masing. Anda tak tahu apa yang anda lakukan dan kesannya kepada pesakit dan kepada anda sendiri.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamu'alaikum warahmatulahi wabarakatuh.


Comments

Popular posts from this blog

Kebenaran mengenai Bunian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Wallahi,wabillahi, dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Tiada Tuhan melainkan ALLAH, dan MUHAMMAD adalah UtusanNya. Sesungguhnya, sebelum ALLAH menciptakan Adam ‘alaihissalam, para Malaikat mempersoalkan keputusan itu. Peristiwa ini dicatatkan dalam ayat 30 surah Al-Baqarah,

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Lalu diciptakanlah Nabi Adam daripada tanah yang telah diambil oleh para Malaikat daripada seluruh pelosok Bumi. Setelah Nabi Adam diciptakan, ALLAH subhanahu wata’ala telah mengarah…

Kebenaran tentang Puteri Nur

Assalamualaikum, dengan izin Allah kita bersua lagi. Saya pelik kerana sering dimarahi dengan teruk oleh Puteri Ratna kalau saya tak jaga Puteri Nur betul-betul. Puteri Ratna tak izinkan Puteri Nur bersendirian kerana katanya terlalu banyak jin kafir dan iblis ingin memusnahkan Puteri Nur. Pada mulanya saya tak faham, kenapa sampai dia kata kalau sekali lagi saya tak jaga Puteri Nur betul-betul, dia akan bawa Puteri Nur pulang ke Alamzara. Sehingga pada satu hari, Puteri Ratna memerintahkan supaya Puteri Nur dibawa ke sebuah kawasan air terjun. Di sana, Puteri Ratna telah membuka rahsia sebenar siapa Puteri Nur.

Puteri Nur rupanya waris terakhir Putera Sarayana, kekanda kepada Puteri Ratna. Dia sebenarnya kacukan Manusia dan Bunian! Jasad Puteri Nur adalah manusia, tetapi dia diselaputi cahaya berwarna putih iaitu cahaya Bunian. Mereka yang telah dibuka hijabnya boleh melihat cahaya ni. Begitu juga dengan ulama yang pernah merawat Puteri Nur. Mereka tahu siapa dia sebenarnya. Kejadia…

Perihal Bunian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. AlhamduLillah, dengan Kehendak Allah Subahanu Wata’ala, kita bersua lagi. Saya Haji Muhammad, digelar Panglima Bentara Tujuh, penjaga dan Bentara kepada Puteri Nur, warisan terakhir Bunian-Manusia. Di Alam Bunian atau Alamzara, Puteri Nur adalah waris terakhir Raja Segala Raja-raja Bunian yang juga merupakan satu-satunya Manusia kacukan Bunian. Saya telah diisytiharkan sebagai Perantara bagi Para Raja-raja Bunian melalui Puteri Nur. Tugas saya selaku pemerhati dan pencatat yang merakam segala yang berlaku kepada Puteri Nur dan apa yang disampaikan kepada saya oleh Para Bunian. Maklumat ini kemudiannya akan disampaikan kepada Manusia supaya dapat merungkaikan segala salahfaham dan tanggapan yang tidak benar mengenai Para Bunian.

Kita selalu mendengar dan membaca pelbagai kisah mengenai Alam Bunian dan Alam Jin. Ada yang mengatakan bahawa Bunian adalah hasil perkahwinan antara Manusia dan Jin. Ada juga yang mendakwa bahawa Bunian adalah Iblis d…